Tun
Dr Mahathir Mohamad mengakui kesilapannya semasa masih berkuasa
kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan
keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini dimana media
baru banyak memainkan peranan.Dr Mahathir berkata beliau kini
terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan
penuh internet semasa mengetuai Multimedia Super Corridor (MSC) pada
1996.
“Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet.
“Saya
beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas… tapi kini saya
terpaksa berfikir dua kali,” kata beliau semasa berucap pada majlis
penutup CEO Forum 2013 di Berjaya Times Square Convention Centre
disini.
Beliau
juga berkata tidak menyangka keputusannya tersebut menyebabkan
perubahan yang drastik sehingga ia disalah guna oleh pihak tidak
bertanggungjawab hinggakan orang ramai mengeluarkan kenyataan berbentuk
provokasi antara satu sama lain.
“Bila
berikan kebebasan, kamu fikir tiada banyak yang akan berubah tapi
sekali kamu beri mereka kebebasan, mereka cenderung menyalahgunanya.
“Sekarang
kamu lihat orang ramai melakukan provokasi antara satu sama lain,
kenyataan-kenyataan tersebut menyebabkan kita semua tidak dekat antara
satu sama lain,” katanya lagi.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji tidak akan
melakukan sekatan terhadap Internet, namun akan mendekati rakyat
Malaysia melalui media sosial.
Najib
menegaskan kerajaan tidak akan bertindak melesenkan portal berita dan
blog sebagaimana dilakukan negara jiran, bagaimanapun, katanya, bagi
memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan tetap menguatkuasakan
undang-undang sedia ada.
Media
sosial, terutamanya Facebook dan Twitter, telah diakui menjadi
sebahagian daripada pencetus “Arab Spring” di Mesir apabila rakyat
negara itu menuntut presiden mereka Hosni Mubarak untuk meletak
jawatan.
Kira-kira
13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk,
mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web
socialbakers.com.
Dua puluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun.
Penganalisis
politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk
mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook
dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung
kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot
dan tontonan di televisyen semakin berkurangan.
2 ulasan:
ye ker simunafiqun mamak pundek kuttey....kau takut rakyat salahgunakan internet ker...atau kau takut rakyat dedahkan salahguna kuasa kau dulu......kaki pusing betul.....auta giler.....tunggulah...tali gantung menunggu kau bapa pengkhianat negara...
mamak pundek ni menyesal sbb segala rahsia 'ketuanan melayu'nya diketahui umum satu persatu sebelum mati.....setiap harta rakyat yang kau balun akan dituntut jika tidak didunia tetap diakhirat itu pun jika mamak padukang ni percaya!!!
Catat Ulasan