Oleh Aisha Geoffrey
PETALING JAYA,: Pengerusi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan konvensyen Pakatan Rakyat akan diadakan pada 23 Jun ini.“Pakatan bersetuju akan mengadakan sebuah konvensyen yang akan membahaskan pelbagai isu termasuk perpaduan rakyat,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
“Masa dan lokasi akan dibincangkan oleh Sekretariat Pakatan dan diumum kemudian,” katanya memberitahu, konvensyen akan dihadiri semua pimpinan ketiga-tiga parti.
Konvensyen tersebut adalah cadangan Majlis Setiausaha Pakatan ekoran suasana perkauman yang dimainkan kerajaan BN sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan