KUALA LUMPUR— Saman fitnah RM10 juta yang difailkan bekas
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap bekas Ketua
Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain, selesai
hari ini apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di
luar mahkamah.
Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Abdul Rahim
memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak mencapai persetujuan itu di
hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong.
Choo
berkata plaintif dan defenden bersetuju dengan penyelesaian itu tanpa
melibatkan sebarang liabiliti. Bagaimanapun, kata beliau, syarat
penyelesaian tidak dapat diumumkan. "Susulan itu, Nik Abdul Aziz menarik
balik saman berkenaan," katanya.
Pada 31 Mei tahun lepas, Nik
Abdul Aziz memfailkan saman itu dengan menamakan Abdul Rahim, tiga
pemberita akhbar New Straits Times (NST) — Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean
and Nik Imran Abdullah —, ketua pengarang kumpulan News Straits Times
Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, ketua pengarang NST Datuk
Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai defendan. Dalam penyata
tuntutannya, Nik Abdul Aziz berkata defendan secara bersama
bertanggungjawab menulis dan menyebabkan penerbitan satu artikel
berunsur fitnah pada muka surat 6 akhbar itu pada 8 Mei tahun lepas. —
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan