Wartawan Buletin
Ahli Jawatankuasa PAs Kemaman, Haji Zulkifli Md Yakim menggesa kerajaan mengambil tindakan segera mengatasi masalah tersebut kerana katanya, sekiranya keadaan bertambah buruk akan menyebabkan sektor industri utama negara terjejas.
"kita harap kerajaan negeri dan kerajaan pusat dapat selesaikan segera masalah jerebu ni, kalau tak, industri minyak dan gas di Kemaman boleh 'lumpuh' sekiranya kualiti udara tidak baik dan membahayakan,
"para pekerja tidak akan keluar bekerja dan unit-unit kilang akan tutup,"ujarnya ketika dihubungi awal petang hari ini, Ahad 23 Jun.
[Gambar - keadaan jerebu yang dirakam di bandar Chukai pada jam 3 petang hari ini]
Menurut laporan akhbar perdana, dua buah kawasan di negeri Johor, Muar dan Ledang telah pun diistiharkan sebagai kawasan darurat kerana dilanda jerebu teruk.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan semua DPP Negeri dan Kawasan yang mengalami Indeks Pencemaran Udara akibat jerebu yang semakin buruk mengadakan Solat Minta Hujan.
"Saya mengarahkan semua DPP Negeri dan Kawasan yang mengalami Indeks Pencemaran Udara akibat jerebu yang semakin buruk mengadakan Solat Minta Hujan. Semoga jerebu dapat dikawal dengan baik dan tidak menimbulkan musibah yang merosakkan kesihatan awam," kata Nasrudin bin Hassan, Ketua DPPM, dalaam kenyataannya kepada pihak media.
DPPM turut melampirkan sepotong doa seperti dibawah;
DOA UNTUK MINTA HUJAN
اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ.
“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.”
اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا.
“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami"
اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ.
“Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan