KL TODAY
PETALING JAYA:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat kawalan ketat bagi
memastikan proses mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen
pada Isnin berjalan lancar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
berkata walaupun Parlimen merupakan tempat bebas untuk orang awam,
namun pihaknya tidak mahu sebarang keadaan yang boleh menyukarkan
anggota Parlimen memasuki kawasan itu.
“Jadi
sudah semestinya kita akan memastikan anggota Parlimen yang hendak
mengangkat sumpah esok akan diperhatikan pergerakan mereka agar tidak
diganggu oleh sesiapa,” katanya kepada pemberita selepas kempen
kesedaran jenayah di sini, Ahad.
Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen esok.
Dewan
Rakyat akan bersidang selama 16 hari mulai esok hingga 18 Julai, dan
Dewan Negara selama sembilan hari mulai 25 Jun dan disambung pada 22
Julai hingga 1 Ogos.
Sementara
itu, Khalid berkata selain Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan
seorang bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), tiada
tangkapan lain berhubung kesalahan menghasut mengikut Seksyen 4 Akta
Hasutan 1948.
Beliau
menasihatkan orang ramai agar berfikir dahulu sebelum mengeluarkan
kata-kata yang berunsur hasutan serta boleh mengugat keselamatan dan
keamanan negara.
“Sebelum
inipun saya pernah bercakap janganlah mengeluarkan fatwa-fatwa yang
mungkin merunsingkan orang ramai, yang boleh membuat rakyat keliru,
jadi sudah semestinya akan ada tindakan yang akan diambil.
“Jadi
mereka (Husam dan bekas mahasiswa Uitm itu) akan disyorkan dituduh di
bawah Akta Hasutan. Tempoh tahanan (reman) ini untuk memudahkan kita
menjalankan siasatan serta mengemaskinikan kertas siasatan sebelum kita
kemukakannya kepada pihak Peguam Negara,” katanya.
Semalam,
Husam, 54, ditahan pada 4 petang di Kampung Pandan, Ampang, Selangor
oleh polis Bukit Aman sebelum dibawa ke Kota Baharu berhubung kenyataan
‘mati syahid’ di Kelantan baru-baru ini.
Bekas
mahasiswa Uitm yang berusia 23 tahun pula ditahan pada 5.30 petang di
depan rumahnya di Klang, Selangor berhubung kenyataan di laman blog
beliau yang cuba menghasut untuk menyerang pasukan keselamatan pada
perhimpunan haram anjuran pembangkang di Padang Merbok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan