MSO
Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk
melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman
dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh
Pas.
Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini
yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi
membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan
jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti
(Pas) bersetuju dengan himpunan Black505.
Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas
diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok
Kuala Lumpur.
Harun juga mengakui pendapat beliau sebelum ini yang melarang himpunan
Black505 adalah pendapat peribadi. Walaupun Ketua Urusan Dewan Ulama'
ini akur dengan kehendak parti tetapi alasan diberikan untuk membolehkan
himpunan diadakan masih mengelirukan, ertinya bukan persetujuan 100
peratus.
Dia bersetuju kalau himpunan itu bukan untuk melakukan revolusi? Apakah
Harun Taib ini faham atau tidak dengan politik? Atau beliau bercakap
dari atas bendul rumahnya dan mengikut perasanya sendiri saja? Apakah
politik yang beliau faham dan apaklah politik yang beliau tidak faham?
Siapa yang mentafsirkan kepadanya himpunan Black505 itu untuk
menggerakan revolusi? Apakah dia juga faham dengan perkataan dan
pengertian revolusi? Harun telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang
berat. Dia berfikir sesuatu yang orang tidak berfikir dan menganggap
orang berfikir seperti dia fikir. Saya rasa Harun mendapat maklumat
mengenai himpunan itu bukan dari partinya tetapi dari akhbar Utusan Malaysia dan wartawan yang sering menghubunginya.
Telatah atau cara Harun berfikir lari jauh. Ibarat berpakat hendak
mengusung rumah, tetapi dia berfikir orang ramai diajak untuk
meruntuhkan bukit dan mengusung batu bawa balik ke rumah. Pemahaman
Harun dalam soal ini terlalu jauh sebenarnya dan menyekasakan dirinya
sendiri. Percanggahan fahaman ini juga meroakkan reputasi beliau dan
dewan yang beliau ketuai itu. Elok berhenti sajalah.
Baik juga rasanya kalau Harun Taib dimasukkan semula ke dalam madrasah
politik yang realistik iani politik berasaskan fakta semasa bukannya
politik berasaskan hukum agama. Pemikiran dan pemahaman seperti Harun
inilah yang mencemarkan demokrasi dan merosakkan strategi politik Pas
dan rakannya sebagai sebuah gerakan massa.
Orang seperti Harun sebenarnya tidak layak untuk mengulas mengenai
politik. Ia bukan memberi kebaikan sebaliknya keburukan kerana ada
pendapat dan kenyataanya kontra dengan keputusan parti. Ahli Pas pula
jangan mudah menerima pandangan politik dari seseorang yang mendapat
pendidikan tinggi dari institusi terkenal, atau digelar ulama tanpa
diadaptasikan dengan politik semasa berdasarkan realiti.
Untuk pengetahuan Harun, Pakatan Rakyat masih menerima konsep dan
prinsip demokrasi. Belum ada tanda-tanda untuk mereka melaikukan aksi
revolusi merampas kuasa secara kekerasa atau pun meruntuhkan institusi
raja. Cara Harun mentafsir sesuatu tidak ubah seperti dia metafsirkan
keadaan dirinya yang hanya demam tetapi dirasakan sudah mengalami sakit
jantung. Maka ubah yang diambil adalah untuk jatung sedangkan dia hanya
demam saja. Sampai ke bila pun Harun tidak akan sembuh dan rasional.
Saya melihat orang macam Harun Taib ini bukan lagi membantu menggalakkan
perjuangan Pas tetapi banyak menyusah dan membantutkan usaha pihak
lain. Seelokknya menjelang muktamar ini Harun berundur sajalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan