Persidangan
pertama Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini dijangka mendapat
perhatian ramai terutamanya selepas banyak spekulasi yang melabelkan
mesyuarat kali ini akan lebih 'hangat'.
Borak-borak politik masyarakat Malaysia juga tentunya bertambah rancak jika sidang Dewan Rakyat itu disiarkan secara langsung bagi sesi soal jawab selama sejam, sepertimana dinyatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laman sosial Facebooknya baru-baru ini.
Berdasarkan Takwim Dewan Rakyat, mesyuarat pertama Dewan Rakyat Isnin akan bermula dengan acara pemilihan Yang Dipertua (YDP) Dewan, majlis angkat sumpah anggota Parlimen, diikuti usul untuk menamakan dua Timbalan Yang Dipertua.
Urusan majlis itu perlu diselesaikan sebelum acara perasmian mesyuarat penggal pertama disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Selasa.
Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua dewan yang baharu yang dipersetujukan oleh anggota dewan manakala jawatan dua timbalan akan dipilih oleh para anggota Parlimen daripada kalangan mereka.
Persidangan Dewan selama 16 hari itu merupakan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 yang diadakan selepas pilihan raya umum 5 Mei lepas.
Komposisi anggota Parlimen kali ini ialah 133 Barisan Nasional (BN), DAP 38, PKR 30 dan PAS 21. Kemasukan 98 muka baharu yang berbeza latar belakang pendidikan dan pengalaman juga dijangka menambah tarikan pada persidangan kali ini.
Tugas berat pastinya tergalas di bahu Yang Dipertua Dewan Rakyat dan dua timbalannya yang akan dipilih kelak untuk memastikan kelicinan perjalanan mesyuarat.
Pada persidangan kali ini, jawatan Yang Dipertua dan timbalannya akan menyaksikan pertandingan di mana pihak kerajaan dijangka menamakan semula Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai YDP Dewan Rakyat, begitu juga anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee yang mungkin kekal sebagai timbalan.
Sementara pakatan pembangkang menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai YDP dan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai calon timbalan YDP.
Jawatan timbalan YDP menyaksikan satu kekosongan setelah Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Mengulas mengenai sesi baharu Parlimen, Pandikar Amin tidak bersetuju dengan persepsi bahawa mesyuarat kali ini lebih hangat daripada sebelumnya, namun mengakui sebagai YDP bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua anggota Parlimen.
"Bagi saya keadaan semasa 2008, 2010 dan sebelum pilihan raya adalah kemuncak kerenah anggota Parlimen di dewan.
"Ini kerana mereka yang kembali dalam Parlimen ke-13 ini hampir sama personalitinya (dengan anggota Parlimen sebelum ini). Memang ada yang baharu (anggota Parlimen) tetapi kita tidak boleh menyimpulkan dengan kehadiran mereka dewan akan lebih 'dahsyat' dari yang sebelumnya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya setakat ini belum nampak anggota-anggota baharu itu akan menonjolkan kepimpinan luar dugaan dalam Dewan Rakyat.
"Mungkin juga mereka itu lebih 'gentleman'...mungkin mereka akan menunjukkan contoh yang baik ketika berbahas," katanya merujuk kepada beberapa anggota Parlimen baharu pembangkang yang disebut-sebut bakal memeriahkan persidangan antaranya Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Nashrudin Hassan Tantawi (PAS-Temerloh), Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) dan Stephen Wong (DAP-Sandakan).
Bagi ramai pemerhati politik, muka-muka baharu yang dilabel sebagai 'ayam sabung' itu akan menambah kecaman dan serangan agresif terhadap BN.
Berdasarkan itu, Pandikar Amin berpandangan anggota Parlimen penyokong kerajaan (BNBBC) perlu memainkan peranan lebih berkesan kerana mereka menggalas tugas berat untuk mempertahankan kerajaan walaupun jumlah mereka kini lebih kecil.
"Tidak semestinya ramai baru dapat berkongsi (berbahas) secara objektif. Kalau ramai tetapi hujah yang dikemukakan tidak ada 'substance' buat apa," katanya.
Pandikar Amin turut berharap anggota-anggota Parlimen 'veteran' terus memainkan peranan aktif kerana jika tidak berbuat demikian tentunya akan "merugikan BN", manakala ketiadaan Konsensus Bebas disifat suatu kekurangan dalam Dewan Rakyat kali ini.
Daripada segi isu, pilihan raya umum ke-13 dijangka terus menjadi topik hangat selain Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA), isu keselamatan dan polis, termasuk kematian banduan dalam lokap serta manifesto pilihan raya.
Selain itu tumpuan juga akan diberi kepada ‘penghulu' baharu Parlimen Malaysia Datuk Seri Shahidan Kassim, yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau memegang portfolio menjaga hal ehwal Parlimen dan secara rasmi ambil alih tugas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Mesyuarat pertama itu juga akan menyaksikan pelaksanaan beberapa pembaharuan termasuk penggunaan e-book (e-Buku) dan pembentangan laporan anggota Parlimen melalui visual.
Pendekatan itu bertujuan mengurangkan penggunaan kertas di Parlimen di samping melicinkan perjalanan ketika persidangan.
Pada mesyuarat kali ini tiga rang undang-undang baharu akan dibentangkan iaitu Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 2013, Rang Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah (Wilayah -Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.
Persidangan mesyuarat kali ini masih berlangsung di bangunan sementara Dewan Rakyat kerana kerja-kerja penambahbaikan dewan asal masih belum siap sepenuhnya.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-12 merupakan persidangan pertama di Blok Dewan sementara yang berlangsung pada 3 Okt 2011.
Persidangan dewan akan berjalan seperti biasa dari 10 pagi hingga 5.30 petang, dan berhenti rehat satu setengah jam mulai 1 tengah hari.
Persidangan Dewan Negara pula akan diadakan pada 22 Julai sehingga 8 Ogos. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan