Hakim perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu gagal
untuk mendapatkan penemuan mengenai niat bersama diantara dua bekas
anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang disabitkan kerana pembunuhan warga
Mongolia itu.
Ini merupakan pemerhatian Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Linton Albert
yang mengatakan niat bersama membentuk sebahagian daripada pendakwaan.
“Akan tetapi hakim perbicaraan tidak mendapat apa-apa penemuan tentang ini,” kata Albert.
Timbalan Peguam Cara Negara III Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah
mengakui hakim itu tidak menyentuh mengenai niat bersama akan tetapi
mengatakan beliau merujuk kepada kedua-dua tertuduh sebagai tertuduh
pertama dan kedua.
Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mengetuai tiga panel hakim
kemudian berkata: “ Beliau (hakim perbicaraan) tidak menyatakan
langsung, apakah tiada dalam alasan penghakiman. Kelakar kan?”
Terdapat ketawa kecil dari galeri awam tetapi Albert tidak memberikan reaksi.
“Bagi dua orang tertuduh yang akan berhadapan dengan hukuman, ini tidak kelakar,” kata Albert.
Tun Abdul Majib kemudiannya berkata, walaupun perbicaraan tiada
halatuju, mereka mempunyai cukup bukti bagi membuktikan kes mereka.
Apandi kemudiannya menambah: “Manusia boleh merancang, Tuhan
menentukan. Mungkin tiada halatuju merupakan campur tangan Ilahi. Anda
mungkin mempunyai kes yang kukuh, tetapi tiada halatuju hakim boleh
menjadi kerja Tuhan. "
Terdahulu, Tun Abdul Majid, dalam penghujahannya berkata mereka tidak
pernah mengatakan bahan letupan yang digunakan dalam kes pembunuhan
Altantuya adalah C4.
"C4 adalah nama tertentu bahan letupan yang tidak pernah ada dalam
bahan bukti. Kami tidak pernah berkata bahan letupan yang digunakan
adalah C4," katanya.
Beliau berkata, saksi-saksi semasa perbicaraan telah memberi
keterangan pegawai UTK itu telah dilatih dalam menggunakan bahan letupan
dan mempunyai akses terhadap bahan-bahan itu.
Mahkamah kemudian menangguhkan keputusan kes rayuan itu, ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Pada 9 April 2009, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati
bersalah dan dijatuhkan hukuman maut kerana membunuh Altantuya di Mukim
Bukit Raja, Shah Alam antara 19 dan 20 Oktober, 2006.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan