Kesemua sekolah menengah dan rendah di daerah Manjung diarahkan
ditutup mulai sesi petang hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) merekodkan bacaan 322 iaitu tahap berbahaya di Seri Manjung pada
pukul 9 pagi.
Pegawai Pelajaran Daerah Manjung Muhd Suod Mat Thani berkata
penutupan itu melibatkan 21 buah sekolah menengah dan 81 sekolah rendah
dengan hampir 40,000 orang murid.
"Kami telah mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri dan
telah memaklumkan kepada semua pengetua serta guru besar sekolah di
sini.
Murid sesi pagi dibenarkan pulang awal memandang mereka telah hadir
ke sekolah pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata sesi persekolahan pada hari ini dan esok perlu digantikan pada tarikh yang ditentukan kemudian.
Mengikut laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kawasan
lain yang merekodkan kualiti udara yang semakin buruk pada pukul 9 pagi
ialah Jalan Tasek, Ipoh dengan bacaan 144, Kampung Air Putih, Taiping
(149), Jalan Pegoh, Ipoh (188) dan Tanjung Malim (175). - Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan