SINAR HARIAN
CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah
berjaya mengesan suspek yang menghina DYMM Sultan Terengganu di laman
Facebooknya. Dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan telah ditahan
untuk disoal siasat.
Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk
memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja
Malaysia.
"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di
luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam
media sosial," kata Pengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi.
"Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti
yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya
berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di
alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang undang akan dibawa ke
muka pengadilan," tambah Dato' Sharil. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan