PKR
hari ini mahu sebuah suruhanjaya baru yang bebas, telus dan profesional
dibentuk untuk meneliti urusan persempadanan kawasan pilihan raya.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan semula yang didakwanya didalangi Umno dan dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.
"Peranan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor-syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang ini.
Dalam ucapannya yang bertajuk 'Laksana Satu Nyawa', Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata Boundary Commission for England diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun.
Katanya, antara kriteria yang menjadi pertimbangan adalah electoral quota and 5% rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties.
"Garis panduan ini terkandung dalam Laporan Boundary Commission for England 2013.
"Justeru saya mencadangkan supaya Angkatan Muda dan Wanita supaya proaktif untuk memulakan usaha berbincang dengan pihak yang mempunyai kepakaran untuk mengesyorkan kewajaran persempadanan baru berasaskan etika demokrasi sebagai cadangan balas terhadap syor-syor persempadanan semula oleh SPR pada hujung tahun ini," katanya.
Dalam ucapannya juga, Azmin berkata parti itu mempunyai tempoh lima tahun lagi bagi membina kekuatan untuk memperkukuh organisasi dan struktur sebelum berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.
Katanya, persediaan parti tidak terbatas kepada gerak kerja pilihan raya sahaja, tetapi juga pembangunan parti secara menyeluruh yang melibatkan pembangunan kepimpinan, perkaderan, organisasi dan kewangan.
"Bagi merealisasikan hasrat ini, saya ingin mencadangkan penubuhan Institut Ta'dib Siyasi (Institute for Political Education) dengan tenaga pelatih yang wibawa, fasilitator yang tetap, kemudahan latihan yang berteknologi canggih serta sejumlah peruntukan yang dapat memenuhi keperluan institusi ini," katanya.
Menurut Azmin lagi, satu aspek yang juga penting dalam pembangunan parti adalah kewangan dengan memetik kata-kata pemikir strategi Von Clausewitz yang berbunyi: "war is an extension of politics by other means".
"Politik adalah sejenis peperangan. Dalam perancangan perang, terdapat dua unsur wajib; pertama persepsi dan kedua sumber. Dalam perang politik, kita perlu membina dan mengurus persepsi rakyat melalui manifesto dan komunikasi politik.
"Tetapi segala ini akan menjadi 'lame duck' sekiranya kita tidak mempunyai sumber. Apakah kita mahu Keadilan menjadi 'lame duck' political party?" katanya.
Sehubungan itu bagi memastikan PKR terus relevan dan sejajar dengan aspirasi rakyat, Azmin menyeru parti itu perlu memperkukuh organisasi, menggilap idealisme dan citra perjuangan agar perjuangan parti terus meraih dokongan rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan