Sabtu, 4 Mei 2013

Sebar video fitnah Izzah perbuatan keji, tak bertamadun


Oleh: Aliff Fikri

KUALA LUMPUR: Tindakan blogger Umno BN menyebarkan video fitnah bagi memburukkan imej Nurul Izzah Anwar adalah perbuatan keji dan tidak bertamadun, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

“Penyebaran bahan-bahan fitnah ini dikutuk sekeras-kerasnya. Kalau nak berpolitik dan nak dapat undi sekalipun janganlah buat kerja tidak berfaedah di sisi Islam.

“Taktik penipuan media dengan tujuan mengelirukan dan mengaibkan seseorang ini merupakan perbuatan yang boleh mengundang dosa besar untuk pihak yang  menyebar itu sendiri dan ia juga adalah perlakuan yang sangat keji,” katanya ketika dihubungi.

Katanya , Umno BN kehabisan modal politik apabila tidak henti-henti menggunakan video lucah sebagai bahan kempen mereka.

“Bagi mereka (Umno BN) soal moral dan adab itu tidak penting, inilah dia cara berpolitik yang tidak bertamadun dan berlawanan dengan ajaran Islam,” kata Pengerusi KEADILAN Perak itu.

Beberapa blog pro Umno BN hari ini menyiarkan video 2 siri dengan mendakwa individu tersebut adalah Nurul Izzah, kononnya semasa menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Malah, Laman web rasmi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut digodam dengan menyiarkan kenyataan palsu berhubung perkara itu.

Laman itu memaparkan kiriman kenyataan Wan Azizah bertajuk ‘Tindakan Undang-undang ke atas bekas Pensyarah Anak Saya” yang merujuk kepada video fitnah terhadap puteri reformasi itu.

Tiada ulasan: