MALAYSIA KINI
Datuk Seri Zahid Hamidi terus dikritik kanan dan kiri ekoran tulisannya di akhbar Umno Utusan Malaysia yang menggesa pihak yang enggan menerima sistem pilihan raya berpindah ke negara lain, kali ini oleh Pemuda PAS.
Sayap kanan parti Islam itu menyifatkan Zahid membuat kenyataan angkuh dan bongkak walaupun baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, bertukar portfolio dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pertahanan.
"Baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan taring jantan dan kuasa besarnya sebagai pemimpin kerajaan," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan (kanan).
Zahid sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.
Setelah diasak hebat, beliau semalam memberikan amaran kepada Malaysiakini yang memberitakan tulisannya di Utusan supaya berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi.
'Belajarlah dari Khairy'
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Nasruddin yang juga anggota Parlimen Temerloh berkata, kenyataan Zahid bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik.
"Beliau menghukum dengan pandangan yang kabur tanpa melihat keseluruhan pandangan rakyat," katanya.
"Beliau tidak tahu sekiranya rakyat sedar perjalanan pilihanraya berlangsung dengan adil dan bersih, mustahil rakyat akan berani dan sanggup turun ke Perhimpunan ‘Black 505' dengan berhujan, tanpa upah dan dalam notis yang singkat."
Nasrudddin juga berkata, Zahid sepatutnya belajar dari Menteri Belia dan Sukan Umno Khairy Jamaluddin yang "mentah dari sudut pengalaman, tetapi akalnya panjang" yang tidak berdendam terhadap musuh politik, sekali gus menggambarkan politik baru yang diinginkan rakyat.
Khairy dalam sidang media pertamanya sebagai menteri di Putrajaya sebelum ini mendapat pujian selepas berazam melibatkan semua pihak, termasuk pembangkang dalam agenda membentuk kerukunan sosial selepas pilihan raya umum
Beliau malah berazam menjadikan kementeriannya milik semua orang dan bukan hanya "kementerian beliau dan sukan BN".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan