Rabu, 22 Mei 2013

Khalid: Di balik kritikan, saya masih MB



VIDEO 17:48 MIN
 

WAWANCARA Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak bimbang dengan kritikan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terhadap pentadbiran kerajaan negeri, dengan menyatakan walaupun ia adalah satu permainan politik, beliau masih dilantik semula sebagai ketua kerajaan.

"Itulah apa yang dikatakan sebagai politik," kata Khalid mengulas sidang akhbar Azmin yang menggesa supaya kerajaan negeri untuk mempercepatkan memberi kelulusan kepada perniagaan kecil dan memberi perhatian terhadap isu pembangunan akar umbi di negeri ini.

khalid ibrahim interview 190513 01"Walaupun semua itu berlaku, saya masih lagi dipilih menjadi menteri besar," katanya ketika diwawancara Malaysiakini kelmarin.

Sebelum ini, Azmin dan kumpulannya mempersoalkan mengenai pentadbiran Khalid dan meluahkan rasa kurang senang mereka berhubung proses parti membuat pemilihan Khalid untuk menduduki kerusi menteri besar.

"Adakah BN tidak mempunyai pengalaman ini? Apa yang saya ingin katakan, perkara itu bukan kebiasaan (pergeseran dalaman).

"Sudah tentu, semua perkara ini cukup pelik dalam bidang (korporat) saya sebelum ini. Tetapi saya berada di sini kerana saya mahu untuk melakukan pembaharuan," kata Khalid tanpa merujuk secara langsung kepada Azmin.

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata politik di Malaysia "masih tidak matang".

khalid ibrahim interview 190513 03"Alasan mengapa banyak kesopanan dalam sistem barat kerana mereka melalui (proses) berabad-abad (dalam politik). Mereka bangkit ekoran isu tertentu... Kita perlu menerima ini sebagai satu proses," kata Khalid.

Bagaimanapun, tokoh korporat berusia 66 tahun itu berkata hanya masa akan menjelaskan jika apa yang diistilahkannya sebagai "olok-olok dan cacian" boleh memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

"Ia baru seminggu (selepas pelantikan semula). Kamu tidak boleh membuat pembangunan dalam tempoh satu minggu.

"Selepas suku (penggal), mungkin kamu boleh bertanya jika semua ini adalah olok-olok dan cacian memberi kesan (kepada pentadbiran kerajaan negeri)," katanya.

Tiada ulasan: