Sabtu, 2 Mac 2013

Tidak ada apa-apa yang ditakutkan jika kerajaan bertukar ganti


ASPAN ALIAS

Seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa ‘Datum Economic Forum’ di ibu kota semalam berkata pertukaran kerajaan dalam pilihanraya 2013 ini tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Walau pihak mana pun mendapat mandat untuk mentadbir negara prestasi ekonomi negara tetap akan melalui kemajuannya secara natural.

Nouriel Roubini yang terkenal dengan ramalan-ramalan tentang pilihanraya berada di sini kerana menghadiri ‘Datun Economic Forum’ yang sedang berlangsung sekarang ini. Malaysia mempunyai asas keyakinan dan institusi yang tinggi dan peralihan kuasa itu tidak memberikan apa-apa impak negatif kepada ekonomi negara selepas pilihanraya itu.

Katanya di mana-mana demokrasi sekali pun tentunya akan ada tidak kepastian yang kecil tetapi ia selalunya akan pulih setelah polisi sesiapa yang mentadbir negara itu bertambah jelas dan ia akan hanya memakan masa yang sedikit untuk pemulihannya itu.

Sesungguhnya apa yang di katakan oleh ahli ekonomi AS itu sememangnya benar dan rakyat tidak perlu bimbang untuk melakukan yang terbaik untuk negara. Itu sebabnya kita memilih sistem demokrasi bagi rakyat memilih siapa dan pihak mana yang mereka lebih berkeyakinan untuk di berikan mandat dan kuasa itu.

Tidak ada satu parti atau kumpulan pun yang kekal untuk menjadi kerajaan dalam mana-mana demokrasi. Bertukar ganti kerajaan itu perkara dan fenomena biasa dan tidak sepatutnya ada halangan untuk proses demokrasi itu berlaku dengan mengadakan sekatan dan tindakan menghalang usaha pihak yang menyertai proses demokrasi itu berjalan.

Di negara kita BN telah mentadbir negara sejak merdeka dan ianya telah membawa satu budaya negatif yang telah di wujudkan oleh pimpinan BN itu. Rakyat telah begitu lama di dakyahkan yang pertukaran kerajaan itu seolah-olah satu jenayah tetapi keadaan itu sudah bertambah baik dengan kemajuan pendidikan dan penyebaran maklumat yang meluas di zaman teknologi informasi sekarang ini.

Keadaan dunia tanpa sempadan sekarang ini membuatkan rakyat bermaklumat dan tidak ada apa jenayah dan salah laku yang di lakukan oleh penyandang kuasa itu dapat di lindungi dari pengetahuan rakyat. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh masyarakat antarabangsa akan bersama-sama mengetahui apa yang berlaku di segenap pelusuk dunia yang tidak bersempadan ini.

Pembongkaran oleh PI Bala dua hari lepas telah di ikuti oleh puluhan juta rakyat negara dan masyarakat antarabangsa dalam masa beberapa jam sahaja segala pendedahan PI Bala itu di ketahui oleh semua.. Isu penglibatan Najib dan isterinya dalam isu pembunuhan Altantuya seperti yang di bongkar oleh Bala itu telah menjadi maklum kepada masyarakat antarabangsa dan tidak ada apa pun boleh menyekat dan melindungi tentang apa yang di bongkar itu dari makluman masyarakat yang sedang dalam pencarian sekarang ini.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa ingin tahu bagai mana Razak Baginda merasa menyesal kerana tidak membayar Altantuya sebanyak 500,000 dollar sebagai komisyen dari pembelian Scorpene oleh kerajaan Malaysia beberapa tahun dahulu. Beberapa minit sahaja selepas PI Bala memberikan kenyataan tentang penyesalan Razak Baginda itu mayarakat umum telah mengetahuinya dan ini adalah kerana kemajuan teknologi maklumat.

Tuduhan Deepak tentang hubungan intim Najib dengan Flora Ong juga di ketahui umum di seluruh dunia apabila ahli perniaga ‘carpet’ itu membuat pendedahan tidak berapa lama dahulu.

Justeru apa yang di perkatakan oleh ahli ekonomi AS itu adalah perkara yang biasa dan tentunya perubahan kerajaan merupakan perkara yang lazim berlaku. Apa yang diperkatakan oleh Mahathir beberapa hari dahulu yang perubahan kerajaan itu tidak memberikan faedah itu elok kita biarkan sahaja.

Tentu beliau ada sebab beliau yang tersendiri kenapa beliau begitu takut tentang perubahan yang akan berlaku nanti. Tidak payah kita hiraukan kehendak beliau itu kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk negara, bukannya untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata.

Rakyat negara ini telah sebegitu lama melindungi beliau dan tiba masanya bagi kita melindungi rakyat ramai pula dalam keadaan kita terpanggil untuk membawa perubahan kepada negara kita sekarang ini.

Jika semua pihak lakukan apa yang perlu, maka kita tidak perlu gundah untuk melakukan perubahan itu. Masih ada segelintiran yang takut untuk melakukan perubahan itu tetapi percayalah ketakutan itu ibarat ketakutan kanak-kanak untuk berkhatan sahaja. Apabila lalu pisau berkhatan itu segala-galanya akan menjadi baik.

Dalam tempuh tiga hari sahaja kanak-kanak yang berkhatan itu akan boleh kembali ke padang permainan untuk bermain seperti biasa.

Pertukaran ini pun begitu. Apabila bertukar sahaja kerajaan nanti, dalam tempuh beberapa ketika sahaja negara kita akan menjadi biasa dalam keadaan baru yang lebih baik dan memberangsangkan.

Semasa itu nanti, insyaallah kita akan berada di dalam suasana politik yang baik di mana setiap rakyat akan bersatu dengan kerajaan baru bagi melaksanakan tugas untuk terus membangunkan negara kita yang tercinta ini.

UMNO juga akan mendapat hikmahnya juga. Parti itu boleh lah tumpukan masa dan tenaga untuk memperbetulkan parti itu secara menyeluruh dan menjadi parti yang baik untuk masa depan siasah negara yang berkemajuan ini.

Rakyat juga mendapat hikmahnya dengan lebih besar. Sekarang rakyat tahu yang penentu kepada siapa yang di mandatkan untuk menjaga negara adalah mereka sendiri, bukannya UMNO.

Tiada ulasan: