"Boleh dikatakan senarai itu muktamad, tetapi tidak mustahil berlaku pertukaran sehingga hari penamaan calon," katanya dan menurutnya pertukaran calon pernah berlaku di negeri ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Pahang di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, dekat sini hari ini.
Mengenai pembubaran Parlimen, Menteri Besar Pahang itu berkata: "Beliau (Perdana Menteri) adalah seorang yang teliti dan berhati-hati dan saya percaya banyak perkara yang diambil kira oleh beliau sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen." - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan