Berdasarkan pretasi ahli Parlimen sekarang, Nurul Izzah Anwar, Shahrizat berkata, pengundi Lembah Pantai kini bijak untuk membuat pilihan.
"Tanyalah pengundi-pengundi tentang prestasi pemimpin di sana. Gah sahaja semasa berkempen. Kata nak buat itu ini, lepas itu... habis.
"Insya-Allah saya sokong penuh Datuk Raja Nong Chik sebagai calon dan akan berhabis-habisan. Saya pernah ada tiga penggal, saya akan turun membantu.
"Saya percaya, pengundi Lembah Pantai dah fikir, ahli Parlimen mereka tak buat apa-apa untuk bela nasib mereka. Insya-Allah pengundi Lembah Pantai akan beri mandat pada Datuk Raja Nong Chik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama penduduk PDRM Desa Tasik di ibu negara hari ini.
Selain itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU 13 kali ini, Shahrizat berkata: "Tak ada. saya tak bertanding. Tapi saya akan bersama jentera Wanita di seluruh negara," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan