MALAYSIA KINI
Setiausaha Agung
Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Baradidathan membuat
laporan itu di Petaling Jaya tengah hari semalam.
Baradidathan menyifatkan, kenyataan Zulkifli, yang rakaman videonya boleh ditonton di Youtube sebagai penghinaan amat besar dan hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
"Kami
memohon supaya siasatan dan tindakan terhadap yagn berhormat ahli
parlimen bebas Kulim-Bandar Baharu dimulakan dengan segera," laporan
polis yang salinannya dihantar kepada pihak media itu dipetik.
Sementara itu, Mipas juga memberikan 48 jam, bermula semalam kepada
Zulkifli untuk memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atau
bakal berdepan bantahan besar-besaran di seluruh negara.
Naib
Presiden PKR N Surendran semalam mendesak Zulkifli yang juga naib
presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA disiasat bawah Kanun Keseksaan
ekoran kenyataannya itu.
Dalam video itu Zulkifli kelihatan
seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan
perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala
Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.
Perbualan itu antaranya memuatkan persoalan sekitar kenapa tuhan di kedai itu tidak menahan air daripada memasuki kedainya itu.
Malaysiakini semalam cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapat komennya tetapi tidak berjaya.
Sementara itu, Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT) yang dipengerusikan oleh Datuk Thasleem Mohd Ibrahim (kiri) juga membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung perkara itu semalam.
"Sebagai
seorang Islam, saya malu dengan kenyataan Zulkifli kerana Islam
melarang seseorang dariapda menghina agama dan bangsa lain," katanya.
Sementara
itu, Presiden Hindu Sangam RS Mohan Shan pula berkata, video yang
dipercayainya diucapkan pada 2011 itu mendapat kecaman menyeluruh
pelbagai pihak, justeru Zulkifli patut dikenakan tindakan.
"Kenyataan
yang nakal dan merosakkan itu telah mencetuskan perasaan tidak puas
hati masyarakat Hindu dan jika tidak dibendung akan merosakkan hubungan
damai pelbagai kaum dan agama di negara itu," kata Mohan semalam.
Sementara
itu, kumpulan persaudaraan untuk hak asasi manusia AsSajjad Movement
dalam kenyataannya menyifatkan Zulkifli sebagai melampaui batas sivil
dan "terang-terangan mempersendakan agama Hindu".
"AsSajjad Movement berharap seseorang Muslim yang komited untuk menjadi insan bertakwa dapat menghormati hak-hak kaum minoriti.
"Sesungguhnya
dalam era akhir zaman ini, tidak ada satu peradaban dapat berdiri
sendiri tanpa berdialog dengan peradaban lainnya," kata kumpulan itu
dalam kenyataannya hari ini.
Selepas
didedahkan PKR semalam, sekumpulan aktivis NGO India terus membuat
laporan polis terhadap anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli
Noordin atas dakwaan menghina agama Hindu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan