Jumaat, 29 Mac 2013

Umno Yang Membunuh Kerana Sengketa Politik

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/lokasi%20mayat%20datuk%20taha.jpgKUALA TERENGGANU - PAS berpegang teguh dengan ajaran Islam bahawa membunuh jiwa yang bukan haknya adalah satu perbuatan yang keji dan dilaknat oleh Allah serta tidak pernah merancang dan terlibat dengan mana-mana pihak yang mahu melakukan dosa besar tersbut.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukari Wan Abdullah menyifatkan kenyataan bekas ahli PAS, Zainon Ismail sebagai pengakuan dirinya sendiri dan dosanya kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

"sebagai sebuah parti Islam, PAS berpegang dengan syariah, membunuh jiwa yang bukan haknya adalah haram dan merupakan satu dosa besar serta termasuk dalam hukum Hudud,

"dan PAS sebagai sebuah parti politik, mengamalkan perkara-perkara asas dalam demokrasi yang menggunakan hujjah bukan menggunakan kekerasan,"jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/memali6.jpgOleh itu beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, bersetuju dan menyokong kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali supaya pihak polis mengambil tindakan dan menyiasat pengakuan Zainon itu.

[Gambar - Atas; lokasi mayat Datuk Taha diemui pada 14 April 1982, pembunuhan yang dilakukan oleh pemimpin Umno kerana senketa politik, Bawah; as-Syahid Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh kejam pada tahun 1985]


Sebaliknya, kata beliau, telah terbukti dalam sejarah bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) sanggup membunuh kerana sengketa politik, tidak kira sesama Umno sendiri atau pun membunuh musuh politiknya.

"rakyat masih tidak lupa kes pembunuhan Datuk Taha Talib, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan telah dibunuh oleh pemimpin Umno, Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan.Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982.

"rakyat juga tidak lupa tentang kekejaman Umno dalam peristiwa Memali yang membunuh ahli dan pemimpin PAS, dan pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri."tegasnya.

Tiada ulasan: