Editor BULETIN
Menurut seorang kakitangan bank tersebut, ia adalah siri demo atau piket jelajah NUBE ke seluruh negara, selepas mereka mengadakan tunjuk perasaan tersebut di negeri Selangor pada minggu lepas.
Kakitangan tersebut, Awang Ludin memaklumkan, mereka akan bergerak dari Kuala terengganu ke Dungun dan akan mengadakan satu sri demo atau piket aman di hadapa CIMB cawangan Dungun pada jam 3.0 petang ini.
Pada 15 Disember 2012 lalu pihak NUBE menjelaskan mengapa mereka telah mengadakan piket di hadapan CIMB Bank Berhad, Menara MBC, Jalan Raja Laut,
Ketika penyelesaian pertikaian pada tahun 2007, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB, Dato' Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak pernah memberi jaminan kepada NUBE bahawa beliau dan kumpulan pengurusan bank sentiasa mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip layanan yang adil dan saksama, kejujuran, profesionalisma dalam semua urusan berkaitan pekerja termasuklah menghormati dialog sosial.
Bertindak secara bertentangan dengan jaminan yang telah diberikannya sejak empat (4) tahun lalu, Nazir bersama barisan pengurusannya membuktikan “a leopard can’t change its spots”. Pelbagai penipuan dan pencabulan telah dilakukannya sepertimana di bawah;
2. CIMB membayar RM70, bayaran yang tidak seberapa sebagai Bonus Prestasi PMS untuk sebahagian para pekerjanya tetapi mampu membelanjakan USD6.1 juta untuk ‘Golf - CIMB Classic 2012’ dan pelbagai bantuan dan tajaan lain demi memasyhurkan nama CEOnya.
3. Ketua CIMB Auto Finance, Abdul Karim Md Lasim menerima sogokan berbentuk ‘hadiah’ daripada pegawai bawahannya yang membeli ‘hadiah’ tersebut menggunakan wang dana kakitangan. Malangnya, Bro Afandie Md Ali yang mempersoalkan penggunaan dana tersebut pula yang dipecat.
4. Nazir mencabul Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE dengan menggalakkan dan membiarkan barisan pengurusnya terus mengabaikan prosedur aduan rasmi (grievance).
6. Ketua Kumpulan Sumber Korporat, Hamidah Naziadin secara terbuka mengecil-ngecilkan kesatuan sekerja, mempersenda dan menghentam para pekerja yang berjuang untuk hak-hak pekerja.
7. CIMB Bank bersubahat dengan Maybank untuk mensabotaj Perjanjian Kolektif kita yang mampu memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan