Jamilah Hamzah
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mengisytiharkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
tidak terlibat sama sekali dalam keputusan menganugerahkan projek Pusat
Fidlot Kebangsaan RM250 juta, yang muncul kontroversi akhir tahun lalu.
Justeru, Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Tan Sri Dr
Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan berkenaan pembabitan Sharizat
dalam kes NFC kini ditutup.
"Kami mendapati beliau tidak terlibat dalam proses penganugerahan pinjaman," kata beliau pada sidang media hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan