Rabu, 30 Mei 2012

Bekas pekerja ladang berhimpun di pejabat PM

 
Nicholas Wong
 


 
Keluarga bekas pekerja ladang di Ladang Bukit Jalil di Kuala Lumpur berhimpun di luar Pejabat Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya dan berharap dapat bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tuntutan mendapatkan empat ekar tanah di Ladang Bukit Jalil untuk perumahan mereka.

NONEKira-kira 50 wakil keluarga tersebut serta penyokong mereka, berkumpul di luar JPM pada jam 11 pagi tetapi berpindah ke tempat teduhan kira-kira 50 meter dari situ kerana hujan.

Anggota polis yang hadir telah tidak menghalang mereka yang merancang untuk berkhemah di luar JPM sehingga dapat bertemu perdana menteri, dan masalah perumahan mereka diselesaikan.

Difahamkan mereka menghantar lima orang wakil, yang diketuai Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan wakil bekas pekerja ladang, K Balakrishnan, untuk bertemu dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan JPM pada jam 1 tengah hari.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan tersebut, Arutchelvan berkata permintaan mereka untuk mendapatkan tanah tersebut telah ditolak.

NONEKatanya, mereka merasa tertipu kerana mereka berada di sana untuk bertemu dengan Najib, dan beranggap bahawa para pegawai JPM akan menghadiri mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, hanya dua orang wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Hamzah Kasim dan Adi Roslan - yang hadir dan mereka berjanji untuk menyampaikan nota perbincangan kepada JPM.

"Kami menjangkakan tahap profesionalisme yang tertinggi," kata
Arutchelvan, sambil melahirkan kekecewaannya dengan keputusan tersebut dan ketiadaan wakil JPM di mesyuarat tersebut.

Jika permintaan itu ditolak, kata Arutchelvan, maka ia hendaklah secara bertulis dan menurutnya lagi, pekerja dan keluarga mereka akan terus berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Tiada ulasan: