Oleh Aspan Alias
Betul kah padangan Dr Mahathir jika PR kalah dalam pilihanraya nanti negara akan huru-hara? Satu lagi yang menjadi persoalan ialah kata-kata Mahathir yang jika UMNO kalah dan ditewaskan Melayu akan hilang kuasa politiknya? Kenapa Mahathir alih-alih terlalu sayang kepada UMNO pula?
Kenapa Mahathir alih-alih dan tidak semena-mena terlalu sayang kepada orang Melayu yang selama ini beliau pandang rendah? Persoalan-persoalan yang saya ajukan ini jangan di salah fahamkan.
Saya bertanya perkara ini, kerana orang Melayu telah hilang identiti
asalnya oleh kerana Mahathir. Apabila Mahathir kembali bercakap pasal
masa depan orang Melayu dan tentang ketakutannya kepada huru hara negara
ini, ia amat bertentangan dengan apa yang beliau lakukan selama ini,
terutamanya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu.
Segala yang beliau lakukan semasa sedang seronok berkuasa dahululah yang
menjadi penyebab berlakunya apa yang berlaku pada hari ini.
Saya mempunyai keyakinan tinggi yang Mahathir sedang begitu panik
dengan pergerakan perubahan yang sedang berlaku dalam minda rakyat
termasuk minda orang Melayu. Yang pastinya Mahathir tidak mahu
seboleh-bolehnya melihat UMNO ciptaan beliau kecundang dihadapan mata
beliau semasa beliau masih hidup ini. Kalau di nilai dari sudut mana
pun, mahu tidak mahu Mahathir merupakan orang yang ‘accountable’
terhadap kekeruhan politik negara kini.
Kecelaruan politik negara tidak akan menjadi begini buruk dalam sekelip
mata dan tidak adil jika Mahathir dan konco-konconya meletakkan semua
kesalahan kepada kelemahan Abdullah Badawi sahaja. Malahan naiknya
Abdullah Badawi itu adalah kerana kesalahan Mahathir sendiri kerana
Mahathir sememangnya mahukan Abdullah menjadi PM kerana beliau
menyangkakan Abdullah boleh beliau pengaruhi dalam pentadbirannya.
Apabila Abdullah tidak mahu mendewakan beliau semasa menjadi PM maka
Mahathir merasakan yang Abdullah telah mengecewakan beliau kerana tidak
menurut kehendak dan kemahuan peribadinya. Maka Abdullah lah yang
menjadi kain buruk dan tidak elok kepada Mahathir sampai kehari ini.
Sememangnya Abdullah tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi PM tetapi
kehendak Mahathirlah yang menjadikan beliau (Abdullah) menjadi PM yang
dianggap oleh Mahathir sendiri sebagai PM yang tidak berguna.
Mahathir begitu berjaya melaksanakan pemerintahan ‘pecah dan perintah’
selama ini kerana dengan ‘pecah dan perintah’ itu boleh menyematkan
kuasa yang beliau genggam itu. Denagn pemerintahan secara ini beliau
telah berjaya mendapatkan kehendak peribadi beliau, iaitu untuk menjadi
kuat seorangan dan yang lain-lain di kelilingnya hanya kumpulan ‘yes
men’ yang menawarkan peranan untuk menjadi pahlawan untuk mempertahankan
beliau (Mahathir)
Mahathir terlalu ‘obsess’ untuk menjadi orang kuat bersaorangan ini
kerana beliau memerlukan pembodek-pembodek di sekeliling beliau untuk
menjaga kehendaknya sehinggakan beliau seolah-olah menjadi maharaja yang
dikelilingi oleh mereka yang buta hati tanpa memikirkan ‘consequence’
perlakuan ini terhadap masa depan politik, rakyat dan negara.
Mahathir gagal untuk menjadi seorang ‘statesman’ tetapi hanya sekadar
seorang ‘warlord’ politik semata-mata. Beliau tidak akan lagi berjaya
untuk diakui sebagai negarawan sampai bila-bila. Kata-kata dan tindakan
beliau membuktikan yang beliaulah yang dalam kegusaran jika PR
memerintah seolah-olah beliau mempunyai ‘stake’ yang begitu besar jika
PR memerintah.
Kata-kata ugutan beliau itu samasekali tidak mempunyai kredibiliti
dengan menuduh huru-raya yang akan berlaku jika PR kalah. Sebaliknya
petanda awal menunjukkan UMNO lah yang akan menghuru-harakan keadaan
jika PR menang. Di mana-mana pihak PR mengadakan perhimpunan untuk
berceramah khususnya yang dilakukan oleh PKR, samseng-samseng UMNO
mengganggu sehinggakan berlaku kecederaan kepada yang hadir seperti yang
berlaku tiga hari yang lepas di Lembah Pantai.
Ceramah Anwar Ibrahim diganggu oleh samseng upahan UMNO dengan
membaling batu serta telor kea rah penceramah dan yang hadir sehinggakan
mencederakan beberapa orang yang berada di situ. Banyak pihak
berpendapat yang Mahathir amat takut jika Anwar menjadi PM selepas
pilihanraya yang akan datang kerana sebab-sebab yang semua pihak tahu.
Mahathir mahukan kepimpinan hari ini untuk terus memerintah walaupun
beliau sendiri yang mengakui yang UMNO itu sudah busuk sampai ke
ususnya. Beliau jika mengakui yang tinggal dalam UMNO hanyalah yang
kurang pandai (bodoh) kerana yang pandai sudah masuk PAS, yang bijak
menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP.
Itulah sebabnya Mahathir mahukan UMNO masih memerintah kerana pada
beliau yang tidak pandai (bodoh) sahaja boleh membela beliau sehingga ke
akhir hayat beliau.
Kepada rakyat yang ramai-ramai yang telah mengambil keputusan untuk
melakukan perubahan teruskan usaha itu dengan tata-cara yang baik.
Sampai sahaja PRU undi sahaja mana-mana calon dalam PR kerana bak kata
Mahathir yang pandai, yang bijak dan yang pintar sememangnya berada
dalam Pakatan rakyat.
Mahathir amat takut PR akan mampu membuktikan pentadbiran negara yang
lebih baik di bawah PR jika PR memerintah Putrajaya, kerana bukti yang
akan ditunjukkan oleh PR itu akan membuatkan UMNO baru ini tidak boleh
bangun lagi sampai bila-bila.
Sampai ke hari ini Mahathir serta pemimpin UMNO yang lain tidak
mengeluarkan kenyataan tentang budaya samseng yang sedang berkembang
dalam UMNO pada masa ini.
Saudara, segala yang berlaku pada hari ini menunjukkan yang UMNO itu
memang sudah sampai kepenghujung hayatnya. Hanya rakyat terpaksa memilih
diantara dua pilihan: untuk bersama dengan parti yang akan hilang kuasa
atau dengan pihak yang mengambil alih dan akan melakukan segala usaha
untuk membentuk kerajaan yang menghormati undang-undang, tidak rasuah,
dan mempunyai aras ‘governance’ yang tinggi serta beretika. Jika Pakatan
Rakyat yang memerintah, sudah pasti budaya samseng akan tiada lagi dan
sesiapa boleh berpolitik secara selamat dan aman damai.
Sementara menanti kejayaan itu, penyokong-penyokon PR jangan
sekali-kali melatah. Gunakan pemikiran yang bernas dan jangan
sekali-kali menggunakan ‘buku lima’ atau pun batu-batu dan kekasaran
terhadap mereka.
Seperti kita melayani orang yang hendak meninggal, kita mesti hormat
kepada tubuh yang akan berpisah dengan nyawanya. Apabila tiada lagi
orang itu, aman damailah hendaknya kita. tentu rakyat akan merasakan
nikmat hidup dengan aman damai dibawah naungan kerajaan yang baru.
Kita buktikan yang pihak PR tidak melakukan apa yang Mahathir pernah
lakukan dan itu pun sebabnya kita berjuang untuk menunjukan kelainan
memerintah jika tidak menjadikan agenda peribadi sebagai perjuangan
kita.
Formula kita mudah sahaja: jangan jadikan Mahathir sebagai contoh dan ikutan. Selamat kita, insyaallah.
Formula kita mudah sahaja: jangan jadikan Mahathir sebagai contoh dan ikutan. Selamat kita, insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan