KUALA LUMPUR— Wanita Umno sudah mengintai calon-calon yang bakal diturunkan pada pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, kata Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini.
“Pergerakan Wanita juga sudah mengintai calon yang memenuhi kriteria dan layak dipilih untuk bertanding sejak tahun lalu,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Warga Emas 2011 peringkat kebangsaan di Sungai Petani, Kedah hari ini.
Shahrizat (gambar) berkata, Wanita Umno akan mengekalkan peruntukan 30 peratus kerusi Parlimen dan Dewan Undang Negeri (DUN) kepada sayap untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.
Katanya, beliau tidak bercadang menuntut tambahan kerusi yang diberikan dan menganggap kuota itu sudah memadai.
Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau sudah menemui ciri-ciri calon yang dikehendaki Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
“Tunggulah isyarat Perdana Menteri ... kita akan kemukakan senarai tersebut,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan