KUALA LUMPUR - Penyusun strategi media Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid dijangka akan mengetuai New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mulai Isnin ini dalam usaha Umno menyusun semula unit-unit media miliknya menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan, lapor The Malaysian Insider.
Pengumuman penting mengenai urusan itu dijangka diumumkan hari ini susulan satu mesyuarat diadakan semalam.
Difahamkan itu akan disusuli dengan perubahan dalam pasukan editorial menjelang akhir bulan ini.
“Saya jangka akan ada pengumuman penting hari ini, lembaga pengarah akan membuat hari ini... itu yang saya dengar setakat malam ini,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
NSTP antara lain mengeluarkan New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Minggu dan Harian Metro serta Metro Ahad.- Harakah Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan