Perdana Menteri dijangka mengumumkan beberapa projek mega berbilion ringgit di Parlimen esok.
PETALING JAYA: Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Mohamud mengingatkan Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen jam 4 petang esok mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak.
“Tetapi saya tidak menolak kemungkinan bajet esok memuatkan pelbagai projek mega bernilai berbilion ringgit untuk menyeronokkan rakyat supaya menyokong BN.
“Ini yang sama bimbang,” katanya yang menjadi presiden MTUC sejak 2005 sebelum kalah dalam pemilihan kepada Khalid Atan tahun ini.
Syed Shahir berkata, beliau jangka Najib akan umumkan beberapa projek mega berbilion ringgit tetapi kita nak tahu siapa yang dapat manfaatnya.
Menurut Syed Shahir, kira-kira 40 peratus penduduk negara yang berjumlah 28 juta itu berada memperolehi pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.
Ujar beliau “golongan inilah yang sepatutnya diberi perhatian oleh kerajaan. Ini rakyat kita, kalau tak tolong rakyat buat apa jadi kerajaan. Biarlah bajet itu memberi kebajikan dan keadilan kepada semua rakyat.
“Yang penting bajet tahun ini, Najib mengutamakan kepentingan golongan terbanyak iaitu yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan,” kata Syed Shahir.
Beliau juga menegur trend rakyat yang terlalu ghairah menanti bajet dibentangkan esok namun selepas beberapa minggu mereka menyedari tidak ada apa yang baik kepada mereka.
Pada 3 Oktober, Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet mereka bertemakan “Kesejahteraan Untuk Semua”, yang bertujuan untuk mengurangkan beban hidup rakyat dengan memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan