Ahad, 24 Julai 2011

Retreat PAS Melaka rangka gerak kerja PRU 13

Ahmad Danial


AYER KEROH: 'Retreat' Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) yang dilangsung di sini hari ini berjaya membentuk rangka kerja dan perancangan aktiviti terbaik bagi menghadapi suasana politik semasa dan Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Retreat tersebut yang dijalankan sehari suntuk mengumpulkan seluruh kepimpinan PAS Negeri dan kawasan disifatkan amat berjaya.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam ucapan aluannya pada program tersebut optimis PAS Melaka berjaya menguasai politik Melaka dalam masa terdekat.

"Kepimpinan PAS mesti terjun ke tengah masyarakat bagi menangani isu-isu masyarakat di samping berusaha memperkenalkan PAS di tengah masyarakat.

"Kita mesti berusaha untuk menjadi juara rakyat dalam apa juga isu. PAS mesti sentiasa kehadapan dalam apa juga isu," kata beliau.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz berkata retreat kali ini lebih menumpukan kepada gerak kerja pilihanraya dan pentadbiran parti.

"Kita merancang untuk menjalankan beberapa retreat bagi mengkaji, merancang dan seterusnya menggerakkan seluruh jentera parti bagi mendepani isu semasa dan politik negeri Melaka yang amat mencabar bagi PAS," tambah Asri.

Beliau berkata situasi politik di negeri Melaka mula berubah dengan pelbagai isu mutakhir yang menyebabkan rakyat mula membuka mata untuk menilai semula sokongan mereka kepada BN.

Menurutnya, beberapa siri retreat akan dijalankan dari masa ke semasa dengan menumpukan kepada pelbagai perkara dan isu.

Tiada ulasan: