Isnin, 18 Julai 2011

Najib tiba di Itali, dijadual temu Pope Benedict

THE MALAYSIAN INSIDER



ROM — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini semalam untuk memulakan lawatan kerja.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib dijadualkan menemui Pope Benedict XVI (gambar) dan mengadakan perjumpaan dengan Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican di Castel Gandolfo di sini.

Tiada ulasan: