KUALA LUMPUR : Keluarga Teoh Beng Hock tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa beliau meninggal dunia akibat membunuh diri.
Dalam sidang media penuh emosi di Pejabat peguam Karpal Singh hari ini, adik mendiang, Teoh Lee Lan menyatakan bahawa keluarganya tidak dapat menerima motif Beng Hock membunuh diri.
"Beng Hock dibunuh. Apa yang dibuktikan RCI? Ia memberitahu kita betapa teruknya prosedur SPRM tapi tak beritahu kita apa yang berlaku kepada Beng Hock," kata beliau dengan sebak.
Beng Hock 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.
Lee Lan menyatakan bahawa beliau dan keluarga akan terus berjuang memastikan kematian Beng Hock terbela.
"Apakah suruhanjaya diraja ini sudah menjalankan tugasnya? Kami akan meneruskan perjuangan untuk keadilan. (Keputusan) ini bukan jawapan kepada kami," kata Lee Lan lagi.
Justeru Teoh Lee Lan berkata pihak keluarga akan membuat semakan kehakiman ke atas pendedahan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut peguam keluarga Beng Hock, Karpal Singh, beliau akan melakukan penyelidikan terperinci terhadap laporan tersebut dan akan memfailkannya di Mahkamah tinggi pada minggu hadapan.
"Kami mahu membuat semakan hakiman terhadap keputusan suruhanjaya diraja ini di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat. Ini kerana suruhanjaya diraja merupakan tribunal yang bertaraf lebih rendah (inferior) berbanding semakan kehakiman Mahkamah Tinggi," kata Karpal dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Merujuk pada penemuan suruhanjaya diraja tersebut bahawa memang terbukti siasatan SPRM bersifat zalim, Karpal turut menyatakan beliau akan membuat apa yang boleh dilakukan undang-undang dalam memastikan kematian Beng Hock terbela.
Beliau juga menolak permohonan maaf atau kompensasi dari pihak SPRM atau kerajaan.
"Maaf tidak cukup. Apa yang kita cari ialah Keadilan.
"Lihat menteri (Nazri) ketika umumkan keputusan RCI hari ini. Dia tersenyum (bangga). Ini ialah perkara yang serius," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan