Ahad, 10 Julai 2011

Lakonan Khairy Jamaludin (KJ) ini boleh di katakan ke tahap professional.Lebih baik dari Rosham Noor ataupun arwah Tan Sri P Ramlee.

Norlina KL


Sila baca kronologi lakonan Khairy di bawah ini;

1) Bila Bersih buat pengumuman akan mengadakan perhimpunan secara aman untuk
menyampaikan satu petisyen kepada DYMM di Pertuan Agong, KJ membuat amaran yang
kononnya Patriot-UMNO akan menentang hasrat itu dengan Perkasa.

Nampaknya KJ boleh bersekongkol balik dengan Perkasa setelah buat satu lakonan yang begitu sempurna kononnya menghina pengikut Perkasa yg berkonsep anti bangsa-bangsa selain dari
Pribumi. KJ bersandiwara ala-ala hina Ibrahim Ali (IA) tapi secara sulit KJ telah buat satu
pakatan dengan AI&Perkasa untuk menentang Bersih.Sebagai permulaan, mereka telah
mengadakan satu demonstrasi jalanan secara haram(tanpa permit) di Jambatan Pulau
Pinang baru-baru ini dan diketuai oleh Ezam (Penderhaka Keadilan yang kini ahli UMNO).

2) Apabila DYMM Pertuan Agong bertitah agar Kerajaan dan Bersih 2.0 menyelesaikan
perbalahan ini secara aman dan damai, KJ dengan sekelip mata bersetuju dengan Najib
supaya perarakan ini di pindahkan ke stadium.

Akibatnya, KJ membatalkan hasrat Patriot dan menyeru kepada PDRM agar permit diberikan kepada Bersih 2.0 supaya perarakan Reformasi Pilihanraya dapat dijalankan. KJ begitu prihatin walaupun PDRM pernah membatalkan hasratnya untuk mengadakan perhimpunan Patriot di Stadium Merdeka sebelum ini. KJ turut boleh menjadi Juara Raja Lawak tahun ini bagi lakonan ini.

Objektif Bersih 2.0 hanya untuk menyampaikan 8 resolusinya sebagai satu Reformasi
Pilihanraya, agar ia lebih telus,adil dan tidak ada sebarang campur tangan oleh Kerajaan,
kepada DYMM Pertuan Agong.

Setelah Kerajaan mengendahkan titah Agong, KJ telah membuat keputusan 'pusingan 360 darjah' dengan memberi amaran bahawa Patriot akan menentang Bersih 2.0 jika ia meneruskan hasratnya berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.

Alasan kerajaan terutamanya Muhyiddin yang kononnya stadium ini stadium ini hanya untuk upacara rasmi sahaja termasuk Konsert Rock yang bakal diadakan pada malam 9hb Julai. Sekali lagi,lakonan KJ begitu menonjol kerana dia secara terbuka bersekongkol dengan AI&Perkasa untuk menghalang Bersih 2.0 dari meneruskan hajatnya pada 9hb Julai.

3) KJ cuba mengilusikan rakyat Malaysia, dengan watak lakonan yang baru pula, kononnya
mengikuti Flotila Kemanusian Palestin dan Pemuda UMNO menyokong Perjuangan
Palestin.

Tapi,hajatnya tidak kesampaian.Hasrat KJ terbatal disebabkan dia tidak melakukan secara ikhlas dan tak bersemangat untuk menjayakan misi ini.

Difahamkan peserta-peserta Flotilla yang lain masih meneruskan misi mereka dan mencari jalan penyelesaian untuk menyampaikan bantuan kemanusian ini. Tapi KJ pula mempunyai misi yang lebih penting lagi di KL berbanding dengan Kebebasan Palestin. Agaknya, disebabkan seruan Tuannya iaitu Najib dan Hishamuddin kot.

4) KJ sekali lagi memulakan sandiwara kononnya dia ditegah masuk ke KL dan telah
mengunakan bahasa kesat 'WTF', dengan izin, ketika ditemuramah oleh wartawan di
KLIA. KJ mengunakan perkataan itu kerana PDRM telah menindas Bersih 2.0,Patriot dan
Perkasa dari berhimpun secara aman mengikut perlembagaan dan Charter Hak
Kebebasan Berhimpun PBB.

Nampaknya KJ menyokong perhimpunan Bersih.Namun, KJ telah menentang tujuan Bersih 2.0 dan berhimpun di Jalan Bukit Bintang walaupun dia tahu perhimpunan Bersih 2.0 tidak akan ke kawasan itu.Semuanya naik MPV dengan keadaan dikawal oleh pesilat-pesilat.Mungkin mereka dihantar oleh Omar Din kot.

Berbeza sungguh dengan perhimpunan di Pusat Bandar kerana ramai penyokong yang
tercedera malah ada kematian yang telah berlaku di sana.Ada di antara pemimpin
pembangkang yang tercedera dan masuk ke hospital.Antaranya Ustaz Hadi Awang dan
Anwar Ibrahim.

Ini yang dikatakan Pemimpin berhati rakyat yang sanggup menempohi cabaran demi rakyat dan bukan seperti wira-wira Putera UMNO yang datang macam anak raja untuk berdemonstrasi.

Segala perbuatan KJ hanyalah berlandaskan politik di mana begitu risau akan kehilangan kuasa&pengaruh. Begitu ketara lakunan KJ apabila dia berdemonstrasi dan kemudiannya ala-ala ditangkap oleh PDRM dan akhirnya dilepaskan tetapi lebih lambat berbanding dengan penyokong Bersih dan Pembangkang.

Diharapkan semua orang sedar akan segala sandiwara lakunan KJ dan Kerajaan yang hebat ini.

Tiada ulasan: