Selasa, 26 Julai 2011

Doktor pergigian diminta beri keutamaan kepada pelanggan

KENINGAU KINI

KENINGAU: Para doktor pergigian hendaklah sentiasa sensitif dan mengutamakan kehendak pelanggan terutama pesakit-pesakiti gigi berlandaskan gariS panduan dam etika kedoktoran atau perubatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, ini penting bagi mengelakkan sesetengah pesakit gigi yang takut berjumpa dengan doktor pergigian.

Katanya, pendekatan yang holistik amat penting dan perlu diambil kira dalam situsasi yang sedemikian.

Walau bagaimanapun katanya, sifat yang takut berjumpa dengan Doktor Gigi sudah berkurangan berbanding dahulu.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata demikian semasa berucap melancarkan Kempen Kesedaran Kesihatan Mulut Peringkat Daerah Keningau Tahun 2011 di Keningau Mall di sini pada Sabtu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Justin Guka, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Pergigian Negeri Sabah Dr. Lawrance Mah Hon Kheong, Pegawai Pergigian Kawasan Kening- au Dr. Davin Dixon DJ Kitingan, Ahli Eksekutif Persatuan Doktor Pergigian Malaysia Zon Timur Dr. Haji Abdul Rashid Bin Hassan, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) Dr. Mohamad Mauzafar Hamurudin dan Pengerusi Persatuan Doktor Pergigian Zon Timur Dr. Rolang Chia Ming Shen.

Pairin berkata, sifat lemah lembut dan kemesraan juga perlu ada di kalangan doktor khususnya Doktor Pergigian agar pelanggan tidak rasa takut apabila memerlukan rawatan pergigian atau mana-mana penyakit yang berkaitan dengan gigi dan mulut.

Dalam masa yang sama, Pairin berharap guru-guru dan ibu bapa agar turut bertanggungjawab memastikan penjagaan gigi anak-anak agar sentiasa sihat dan bersih.

Sempena dengan kempen itu seramai 32 murid-murid OKU yang terdiri dari pelbagai kaum dan kepercayaan diraikan.

Menurut Pairin usaha itu merapatkan golongan kurang upaya dengan golongan yang normal disamping membuktikan budaya yang harmoni dikalangan golongan profesional yang senantiasa tidak pernah melupakan golongan yang tidak berupaya agar sama-sama dapat mengecapi nikmat kehidupan yang sama-rata, tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Tiada ulasan: