Saban hari kita sebagai rakyat 1 Malaysia diperbodohkan oleh pemimpin yang memerintah samada menerusi media elektronik mau pun media cetak. Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada penganjur BERSIH 2.0 sehingga suasana menjadi haru-biru seolah-olah Walk for Democracy yang dianjurkan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 ni akan membawa negara kepada porak-peranda seperti apa yang terjadi di Timur Tengah.
Jenuh presiden dan semua AJK BERSIH 2.0 menerangkan bahawa apa yang dirancang sama sekali tidak seperti apa yang dimomokkan oleh pemimpin yang sebenarnya gundah-gulana kerana takut rakyat menjadi cerdik dan tau hak mereka hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan yang menjamin seperti dibawah:-
* Perkara 10 " Perlembagaan Persekutuan Negara " Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.
* Perkara 20 " Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 " dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berkepesatuan.
* Perkara 21 - Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966
Rakyat dipaksa ikut undang-undang dan perlembagaan manakala polis? Ditakuti suatu hari nanti apabila rakyat hilang kesabaran kerana asyik diasak sebegitu rupa akan juga melanggar undang-undang sebagaimana yang dilakukan oleh polis. Sekiranya apa yang temaktub dalam perlembagaan negara yang mengamalkan sistem demokrasi tidak dipatuhi oleh penguasa buat apa meng war-war kan bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi? Lucutkan saja domokrasi tu. Sesiapa yang nak ambil alih pemerintahan biar bergerak secara 'under ground' tak payah nak habiskan duit rakyat dengan mencetak kertas undi dan menguruskannnya. Siapa kuat dia berkuasa. Balik kepada zaman dulu sebelum merdeka.
Sebenarnya apa yang tak kena dengan tuntutan bERSIH 2.0 ni? Aku nak semua pencacai umporno baca dan bagitau apa yang 'sumbang' atau tak kena sehingga haru-biru semua fikiran rakyat yang tak berapa faham. Itu sebab dinamakan BERSIH 2.0 kerana tujuan sebenarnya hendak 'membersihkan' atau membetulkan apa yang tak betul atau tak adil. BERSIH 2.0 ni bukan anjuran PR atau mana-mana pertubuhan politik kepartian. Datuk Ambiga bukan orang pollitik tetapi dia merasa terpanggil kerana sebagai seorang peguam dan juga sebagai mantan presiden majlis peguam yang memperjuangkan keadilan maupun dimahkamah ataupun diluar mahkamah untuk memperbetulkan keadaan yang dia rasa atau rakyat (yang cerdik aje) rasa bahawa apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dibawah ni adalah 8 tuntutan yang dibuat. Bagitau mana yang tak kena supaya biar kita sama-sama termasuk pencacai umporno perbetulkan:-
Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan