SINAR HARIAN ONLINE
KANGAR - Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhak batalkan persatuan atau badan yang berdaftar di bawahnya jika didapati tidak patuhi undang-undang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan yang diambil oleh ROS bukan berdasarkan kepentingan parti politik tertentu sebaliknya berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
“Itu tugas dan tanggungjawab ROS, bukan melihat kepada mana-mana parti tertentu, badan atau persatuan yang berdaftar di bawah ROS mempunyai undang-undang.
“Mereka tidak terkecuali, mesti mematuhi undang-undang. Jadi apa sahaja yang tidak mematuhi syarat sewajarnya diambil tindakan,” katanya mengulas mengenai tindakan ROS mengeluarkan notis tunjuk sebab pembatalan pertubuhan kepada PKR.
Menurutnya, UMNO suatu ketika dahulu pernah diharamkan malah terdapat banyak persatuan dibatalkan disebabkan tidak mengikut kehendak yang ditetapkan.
Pada 9 Mei lalu, berdasarkan Seksyen 13 (2) Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan, Akta Pertubuhan 1966, ROS mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada PKR kerana dikatakan dengan sengaja melanggar peruntukan undang-undang berdaftar pertubuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan