GEOGRE TOWN — Kerajaan Pulau Pinang merancang untuk membuka kampus cawangan universiti Islam dari luar negara di Penanti, Permatang Pauh dekat sini dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman.
Mansor berkata kampus cawangan itu akan dibina berhampiran Institut Perguruan Tuanku Bainun di Mengkuang, Penanti.
“Tapak pembinaan itu akan merangkumi satu lokasi pembangunan bandar baru di Mengkuang dan kerajaan sedang berusaha mendapatkan persetujuan daripada universiti-universiti dari Arab Saudi, Turki dan negara-negara Islam lain bagi membuka kampus cawangan mereka di situ,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama.
Mansor berkata kewujudan kampus berkenaan akan memberi peluang lebih luas kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan untuk melanjutkan pengajian.
“Usaha itu juga adalah untuk mengembalikan Pulau Pinang sebagai pusat kegemilangan pengajian Islam yang telah banyak melahirkan ilmuan Islam seperti Syed Syeikh al-Hadi, Burhanuddin Al-helmy, dan Abu Bakar Asyaari,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan