Jumaat, 27 Mei 2011

PRU13: Pakatan lebih bersedia berbanding 2008- Rafizi

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Berdasar senario politik semasa, Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN kini lebih bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke13, berbanding Mac 2008.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, bagi KEADILAN sendiri , parti itu telah mengerakkan jentera di setiap peringkat berikutan desas desus Pilihan raya umum bakal diadakan Julai tahun ini.

“Kita telah bersedia sejak 2-3 bulan yang lepas, kalau mengikut perkiraan, kemungkinan pilihan raya diadakan pada Julai.

“Dalam keadaan sekarang kita merasa lebih bersedia berbanding PRU 2008,” ujarnya kepada Keadilandaily.com.

Ia katanya, selari dengan jangkaan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyebut pilihan raya akan diadakan lebih awal.

Menurut Rafizi, Barisan Nasional yang diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan melambatkan tarikh pilihan raya memandangkan sentimen dan sokongan rakyat kepada parti itu yang kian menjunam.

“Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil dan pilihan raya Sarawak baru-baru ini, kita dapati sokongan Cina tidak akan kembali kepada BN. Sebab itu BN tidak akan tunggu lebih lama.

“Sokongan kepada BN sukar untuk terus naik, risiko untuk mereka jatuh dalam pilihan raya umum semakin besar jika pilihan raya dilambatkan. Meskipun merekacuba gunakan isu perkauman dan agama, namun ia tidak memberi kesan kepada pengundi,” katanya.

“Cara terbaik adalah mengadakan pilihan raya lebih cepat. Lebih lama, risiko kehilangan kuasa BN lebih besar. Kita percaya ada usaha untuk mengumumkan pilihan raya mengejut bredasarkan tanda-tanda ini,” ujarnya.

Kata Rafizi, keadaan itu disokong dengan faktor ekonomi yang buruk di bawah pentadbiran BN, sementara kerajan pula tidak mempunyai jawapan dalam menyelesaikan ekonomi rakyat- sepertimana idea yang dikemuka Pakatan menerusi Buku Jingga.

“Ia ditambah dengan keadaan ekonomi yang buruk, BN tidak ada jawapan menyelesaikan permasalahan rakyat. Slogan 1Malaysia hilang selepas tiga tahun, ia tidak lebih sekadar slogan.

Disebab kan itu katanya, penangguhan kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, juga menjadi petanda jelas pilihan raya semakin hampir.

“Kalau mereka menaikkan harga minyak pada masa ini, ia akan dizahirkan di peti undi. Itu juga jadi faktor kenapa pilihan raya akan diadakan lebih cepat dari yang kita sangka. Jika mereka menang, baru lah harga minyak akan dinaikkan,” katanya lagi.

Ditanya mengenai spekulasi ia diadakan sebelum keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum mahkamah, Rafizi berkata faktor itu juga diambil kira dalam penentuan tarikh pilihan raya.

“Dipihak kita mengambil kira, perbicaraan Datuk Seri Anwar juga mungkin berkait dengan tarikh pilihan raya. Ia juga berdasarkan cubaan haramkan KEADILAN dan melumpuhkan KEADILAN melalui kes-kes di mahkamah,” katanya.

Dalam masa yang sama, kata Rafizi, petanda itu dilihat apabila pimpinan tertinggi Umno -BN kini telah pun mengarahkan jentera parti itudigerakkan, yang menjadi isyarat bahawa mereka mahukan mandat lebih awal.

“Mereka tidak akan buat semua ini, kecuali pilihan raya sudah semakin dekat,” kata Rafizi.

Tiada ulasan: