Rosli Yasmin |
AMPANG: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasrudin Hasan At-Tantawi mengetuai rombongan Pemuda PAS menziarahi mangsa tragedi tanah runtuh di Hospital Ampang yang turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Rombongan turut berkesempatan menjengah ke tempat kejadian tetapi tidak dapat memasuki kawasan tersebut kerana program bersama Perdana Menteri sedang berlangsung. Nasrudin mengucapkan takziah dan berpesan kepada waris-waris mangsa supaya banyak bersabar dan berdoa untuk mangsa-mangsa yang terkorban agar dianugerahkan Allah ganjaran yang istimewa. Sedikit sumbangan turut disampaikan sebagai tanda simpati DPPP kepada mangsa tragedi yang tidakdijangka itu selain memohon kepada masyarakat setempat untuk memberikan bantuan semampu yang mungkin untuk mengurangkan beban yang ditanggung mereka. DPPP juga berharap agar kerajaan Selangor mahupun Malaysia membantu dan membaik pulih kembali rumah anak yatim tersebut. “Sekiranya kawasan tersebut didapati tidak selamat untuk dihuni, maka kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan pertumbuhan sosial dan pendidikan ahli rumah anak-anak yatim itu terjaga,” katanya. |
Rabu, 25 Mei 2011
Pemuda PAS ziarah mangsa tanah runtuh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan