(Antara tetamu dan pemilik tanah Bukit Botak di majlis pelancaran rumah contoh oleh MB Selangor)
SELAYANG: Masalah kawasan penempatan penduduk Bukit Botak yang gagal diselesaikan lebih 20 tahun oleh kerajaan sebelum ini mula menampakkan jalan penyelesaiannya selepas tiga tahun diambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Ia berlaku hasil kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk menangani isu ini demi kepentingan penduduk yang terlibat.
Perkara ini diakui Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar (MB) Selangor petang semalam ketika memberi ucapan perasmiannya dalam majlis lawatan kerja bersama penduduk ke rumah contoh projek Bukit Botak.
Walaupun baru tiga tahun lebih mentadbir negeri ini, Pakatan telah membuktikan kesungguhnya mengatasi masalah rakyat di Bukit Botak ini, katanya.
Menurut beliau, berbagai kaedah digunakan dan dibincang bersama dengan pihak-pihak terlibat untuk memberikan keyakinan kembali kepada rakyat disitu setelah dalam tempoh 20 tahun gagal di selesaikan oleh kerajaan sebelum ini.
Penyelesaian kawasan penempatan Bukit Botak tidak kesampaian sejak sekian lama untuk 2,300 keluarga pemilik tanah di kawasan seluas 201 hektar ini.
“Saya sangat memahami perasaaan penduduk di sini. Tempoh 20 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Jika ada yang melahirkan anak pada mula projek penempatan semula ini dilakukan dulu sudah tentu anak itu kini sudah menamatkan persekolahan mereka bahkan kalau yang hidup ketika itu sudah menjadi arwah dan tidak sempat menikmati rumah idaman mereka,” katanya.
Kegagalan demi kegagalan yang berlaku sebelum ini mestilah ditangani segera berdasarkan kemampuan kerajaan negeri.
Dengan kuasa yang ada sebagai Menteri Besar, satu dokumen telah dikelaskan semula di bawah seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) untuk menceritakan secara terbuka isu kawasan ini.
Rakyat khususnya penduduk di Bukit Botak ini wajib diberikan maklumat yang tepat supaya mereka tahu apa masaalah sebenar yang memberi kesan kepada mereka, kata Khalid. (GAMBAR: Khalid memotong riben pelancaran rumah contoh Bukit Botak selepas tiga tahun menguruskannya)
Dengan kecuaian dan kegagalan pimpinan masa lalu telah juga memberi kesan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menangung kerugian ini.
"Jesteru itulah satu pendekatan dibuat dengan menang-menang (win-win approach) telah dibincangkan dan kata putus dicapai untuk melaksanakan apa yang kita lihat perkembangannya pada hari ini," kata Khalid.
Khalid berkata lagi, antara pendekatan dilakukan kerajaan negeri adalah dengan menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil alih tanah Bukit Botak sambil mengarahkan PKNS membuat satu pelan pembangunan menyeluruh.
Ini adalah bertujuan mengadakan rumah kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan, katanya.
Langkah ini adalah cara yang terbaik kerana ianya bukan hanya melibatkan masalah lantikan pemaju yang baru tetapi juga berkaitan isu pemilikan tanah, lot-lot yang telah hilang dan kos infrastruktur yang telah dikeluarkan oleh PKNS sebelum ini.
"Dengan berbagai mehnah yang dilalui akhirnya kerja-kerja penempatan semula telah mencapai 31 peratus sebagaimana yang dijadualkan hingga pertengahan April 2011.
"Saya yakin, projek ini akan selesai pada pertengahan Jun 2012 selepas 21 bulan dilakasanakan," janji Khalid.
Ujarnya jumlah rumah yang dibina ialah sebanyak 1422 unit dengan kontrak bernilai lebih RM139 juta.
"Harapan saya ia akan memberi kepuasan kepada semua pihak dengan melihat sendiri pembinaan rumah tersebut. Dengan itu pada masa akan datang, kita akan dapat mencari penyelesaian yang wajar kepada banyak lagi masalah perumahan yang tertangguh," katanya.
Beliau percaya semua rakyat inginkan kediaman yang selesa untuk keluarga mereka.
Beliau juga mengharapkan agar rakyat yang bakal menerima rumah ini tidak akan menjualkan kepada orang lain kerana bukan begitu mudah untuk mereka memperolehi kediaman yang selesa dengan harga yang begitu murah RM99,000 seunit untuk rumah jenis berkembar satu tingkat.
Sais 30 kaki x 73 kaki yang lengkap dengan 3 bilik tidur dengan keluasan binaan 850 kaki persegi dan sebahagiannya dibiayai oleh PKNS sebanyak RM79 juta.
"Namunpun begitu jika penduduk disini ingin menjual juga saya dan pihak PKNS tidak menghalang sama sekali tetapi perlu membuat kajian terlebih dahulu untung dan ruginya,” kata beliau.
Sementara itu, Othman Bin Omar, Pengurus Besar PKNS pula melahirkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada MB Selangor yang telah Berjaya menyelesaikan masalah penduduk Bukit Botak setelah selama 20 tahun gagal dilunaskan oleh kerajaan dahulu.
Kos keseluruhan projek ini berjumlah RM216 juta dan daripada jumlah itu RM79 juta akan ditanggung oleh pihak kami PKNS.
"Sebagai pemaju yang prihatin kita mengutamakan kesejanteraan rakyat Selangor. Sumbangan PKNS bagi projek sebegini akan menjadi tanggungajwab sosial korporatnya yang berterusan," katanya.
Majlis perasmian rumah contoh telah dilaksanakan oleh Khalid dengan diiringi Exco kerajaan negeri Iskandar Adul Samad, Ahli Parlimen Selayang William Leong, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan lain-lain lagi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan