Selasa, 17 Mei 2011

Selepas Orkid Abdullah, suaminya meninggal dunia pagi ini

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Lima hari selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu, Datin Orchid Abdullah meninggal dunia, suaminya Datuk Mokhtar Omar kembali ke rahmatullah pagi ini.

Allahyarham Mokhtar, 70, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 6.15 pagi ini di Hospital Ampang dekat sini, lapor Utusan Online hari ini.

Mokhtar dimasukkan ke hospital tersebut sejak lebih 4 Mei lalu kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, dekat sini sebelum waktu Zohor.

Orchid juga meninggal dunia di Hospital Ampang pada 13 Mei lalu.

Tiada ulasan: