JAKARTA — Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman melahirkan kekesalan beliau kepada rakan sejawatannya dari Indonesia Dr Marty Natalegawa berhubung hukuman berat yang dijatuhkan sebuah mahkamah di Bengkalis, Riau ke atas enam nelayan Malaysia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu 8 Mac lalu.
Anifah (gambar) berkata apa yang berlaku ke atas nelayan terbabit tidak mencerminkan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat dua hala di Kota Kinabalu tahun lepas mengenai sikap tolak ansur pihak berkuasa kedua-dua negara terhadap aktiviti menangkap ikan oleh nelayan di kawasan sempadan maritim yang masih dalam pertikaian.
“Hukuman 30 bulan penjara tiap seorang dan denda Rp1 bilion (RM350,000) atau tiga bulan penjara agak keterlaluan... Saya amat sedih kerana mereka hanyalah nelayan,” katanya yang kesal kes itu tidak dapat diselesaikan sebelum nelayan terbabit dibawa ke mahkamah.
Laporan Bernama berkata perkara tersebut disampaikan kepada Natalegawa di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean di sini semalam.
Menteri Luar itu berkata beliau sebelum ini secara peribadi menghubungi Natalegawa untuk meminta kerjasama kerajaan Indonesia agar membebaskan nelayan terbabit sebelum mereka didakwa.
Kumpulan enam nelayan itu ditahan Polis Air Republik Indonesia 12.5 batu nautika dari perairan Senggarang, Batu Pahat, Johor pada 8 Mac lalu.
Anifah turut meminta nelayan terbabit dibebaskan dalam masa terdekat kerana mereka telah ditahan selama dua bulan.
Beliau juga bimbang perkembangan itu akan menyebabkan rakyat Malaysia menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan serupa terhadap nelayan Indonesia yang didapati menceroboh perairan negara pada masa akan datang.
Katanya, Malaysia selama ini mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara dengan hanya mengambil kenyataan sebelum membebaskan mereka.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak penguat kuasa berkaitan kedua-dua negara duduk bersama bagi membincangkan prosedur operasi yang harus dilakukan bagi menangani kes berkenaan.
20 ulasan:
wahhh,,melampau betul indon ni
Rasanya Indon tidak sedar dengan apa yang Malaysia lakukan untuk mereka. Perlukah tindakkan serupa akan diberikan kepada pesalah Indon nanti??
hukuman yang dikenakan adalah agak berat.
adalah wajar jika penguatkuasa kedua-dua negara berbincang untuk mencari penyelesaian terbaik.
hukuman tersebut terlalu berat. berilah hukuman yang wajar.
jika tiada tolak ansur,pasti kerajaan Malaysia pun boleh mengenakan tindakan yang serupa. kerajaan Indonesia sepatutnya sedar rakyat mereka lagi ramai yang melanggar undang-undang di Malaysia dan membuat lebih banyak kes yang lebih berat dari kes nelayan yang menceroboh itu.
jadi jika kerajan Indonesia ingin menghukum mereka, buatlah pertimbangan dulu.
They are only fishermen...don't think they are able to pay that much fine.
This is too much. Hopefully the malaysian government is able to help these fishermen.
Indon nampaknya tidak berminat untuk mengotakan persetujuan yang telah dicapai..maka adakah malaysia harus memberikan layanan baik kepada nelayan indon yang menceroboh masuk dalam perairan negara? kita harus berlaku adil.
namun, diharapkan hukuman ke atas nelayan2 tersebut dikurangkan..diharap kerajaan malaysia akan dapat berbuat sesuatu..rakyat malaysia ditindas di indon..
Sori tapi siapa suruh M'sia telampau baik hati dan tidak tegas. Tengok apa sudah jadi dengan Nelayan kita. :(
Terlalu banyak hal negara kita berlembut dengan Indonesia, jadi kerajaan perlu lakukan sesuatu utk tanggani hal ini.
Sepatutnya kerajaan Indonesia bertimbang rasa dengan memberikan hukuman kepada rakyat kita.
Banyak lagi rakyat mereka yang 'Mencerobohi' tempata kita. Patutkah kita juga menjatuhkan hukuman berat ke atas mereka?
6 rakyat Malaysia VS Berpuluh-puluh ribu rakyat Indonesia. Siapa yang melampau sebenarnya? Tepuk dada tanya selera.
ramai juga rakyat Indon yang mencerobohi Malaysia, tapi kerajaan Malaysia boleh lagi bertolak ansur dan tidak memberi hukuman begitu berat.
Macam kes balas dendam saja ni.
rakyat Indonesia bukan hanya menceroboh perairan kita malah masuk ke negara kita. jumlahnya bukan 6 orang, malah mungkin mencecah jutaan orang... tidak ada salahnya jika kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pendatang asing dari Indon dengan mengenakan hukuman yang sama sebelum dihantar pulang.
saya lebih suka jika pendatang haram dari Indon yang ditangkap di negara ini dikenakan denda sebanyak RM350,000 seorang. dengan jumlah itu serta bilangan PATI Indon di negeri ini, cukup untuk membangunkan Sabah setanding dengan negeri2 maju yang lain.
Catat Ulasan