Rabu, 18 Mei 2011

CIJ anjur Forum ‘Ke arah media yang lebih beretika’ 18 Mei di Auditorium Majlis Peguam

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Sempena bulan Mei yang diraikan sebagai bulan kebebasan media, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menganjurkan forum ‘Ke arah media yang lebih beretika, bagaimana mencapainya’ di Auditorium bangunan Majlis Peguam pada hari Rabu 18 Mei bermula jam 6 petang.

Antara panelis yang diundang adalah Abdul Jalil Ali, penasihat eksekutif editorial kumpulan media Karangkraf, Sharaad Kuttan, kolumnis, pensyarah kewartawanan dan Felo Asian Public Intellectual dan Wong Chin Huat yang merupakan pensyarah kewartawanan dan aktivis media.

Forum ini akan dipengerusikan oleh Andrew Khoo iaitu ketua jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam.
Perbincangan akan menyentuh berkenaan permasalahan sekitar isu dan had kebebasan media di negara ini dan mendapatkan pendangan terbaru dan kaedah penyelesaian.

Orang ramai dialu-alukan datang untuk mendengar pembentangan ahli panel dan memberi pandangan sendiri mengenai isu ini.

Sebarang maklumat lanjut, disyorkan untuk menghubungi pegawai program Pusat Kewartawanan Bebas, Siew Eng di talian 016 379 5901.

Tiada ulasan: