Media talibarut UMNO Be End dakwa kununnya 225 ahli PAS di ketuai Ahmad Marzuki masuk UMNO di Kuala Kedah.
Maklumat sebenarnya untuk diketahui ialah:
1. Ahmad Marzuki bukan ahli PAS, sebaliknya adalah ahli UMNO dan merupakan seorang JKKKP.
ALOR SETAR 1 Mei - Seramai 225 anggota Pas Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai UMNO. Ahmad Marzuki, Ketua Pas cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat sini semalam. Ahmad berkata mereka bertindak keluar Pas kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan Pas mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat. "Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin Pas tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu. Latt Shariman berkata pintu UMNO Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota Pas. Jawapannya ialah kedua-dua fakta itu bohong. Tiada nama Rahaiza Rahim dalam daftar keahlian Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kedah. Begitu juga tiada cawangan yang bernama ‘Kuala Sungai’ dalam kawasan Kuala Kedah.2. PAS Kawasan Kuala Kedah tidak pernah ada cawangan yang bernama Lahar Buluh.
3. Hanya ada 4 orang kemungkinan penyokong PAS sedang dipastikan. Mereka yang terlibat dikatakan tidak berpuas hati berkaitan bantuan banjir. Walau bagaimanapun itu cuma 'alasan yang dicipta' kerana mereka telah pun menerima bantuan banjir.
3. Sementara selebih seperti yang didakwa bukan dari ahli PAS sebaliknya ahli-ahli dan penyokong UMNO.
Maklumat di atas telah diberikan oleh ADUN Kubang Rotan YB Mohd Nasir Mustaffa serta beberapa anggota PAS yang mengetahui isu tersebut.225 anggota Pas Kuala Kedah sertai UMNO
‘255 ahli PAS Kuala Kedah sertai UMNO’. Demikian tajuk yang tertera dalam akhbar harian primitif yang menjadi talibarut UMNO Be End sejak berzaman iaitu Utusan Meloya ataupun orang kampung sebut Utusan Malaysia.
Mokalu 20 tahun dulu berita macam ni disiarkan dalam akhbar maka rakyat akan telan bujuq-bujuq apa yang disampaikan tu sebab tiada media alternative untuk menyalurkan info. Tapi lanie zaman siber, dunia tanpa sempadan. Orang dengar satu pihak, lepas tu depa akan cari maklumat pihak lain.
1. Sejak PAS diwujudkan pada tahun 1951, dalam sejarah Kedah belum pernah berlaku pengeluaran serentak secara besar-besaran dari PAS ke dalam masuk UMNO melebihi 10 orang. Jika berlaku keluar beramai-ramai sampai berpuluh, beratus, beribu orang, maka sah itu berita bohong. (Ini panduan paling asas.)
2. Mai kita teliti pembohongan dalam berita Utusan Meloya tu. Dia sebut dalam berita ‘menurut ahli Muslimat PAS Kuala Sungai Rahaiza Rahim, 31’. Dalam foto yang disiarkan kelihatan Rahaiza Rahim sedang berucap, di bawahnya tertera caption ‘Bekas ahli PAS, Rahaiza Abd Rahim (kiri) dari Kampung Kubang Pangas mewakili 225 rakannya berikrar meninggalkan...’. Yang mana satu betul, Rahaiza ahli PAS Kubang Pangas atau Kuala Sungai?
3. Utusan Meloya menyebut Ketua PAS Cawangan Lahar Buluh, Ahmad Marzuki keluar PAS masuk UMNO. Dalam daftar PAS Kawasan Kuala Kedah tiada cawangan bernama Lahar Buluh dan tiada ahli PAS bernama Ahmad Marzuki. Fakta sebenarnya ialah Ahmad Marzuki adalah seorang JKKKP. Ghalibnya JKKKP mestilah ahli UMNO. Maknanya ahli UMNO masuk UMNO.
Kepada agensi berita penipu rakyata BERNAMA dan akhbar talibarut UMNO Utusan Meloya, lain kali kalau nak buat penipuan dalam berita kena pi belajaq dekat Datuk Eskay. Jangan bagi wujud percanggahan fakta. Tak apa Utusan Meloya jangan putus asa buat kerja fitnah dan bohong, cuba lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan