Sehubungan itu, KDN digesa agar bertindakan tegas terhadap blogger tersebut sebagaimana ketegasan yang ditunjukkan kementerian itu terhadap penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat Mohamad Sabu melahirkan kehairanannya mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada KDN.
Mohamad Sabu turut menyifatkan tindakan Utusan memainkan isu yang diceduk daripada laman blog 'BigDog' dan 'Marahku' sebagai berniat jahat dan mahu mencemaskan rakyat, menjelang pilihan raya umum ke- 13 kelak.
"Inilah akhbar yang paling perkauman dan paling jahat sekali di Malaysia ini," tegasnya.
Laporan Utusan yang turut mengaitkan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi kononnya turut bersekongkol, apabila menghadiri pertemuan kumpulan paderi tersebut.
Mohamad Sabu sebaliknya berkata, jikapun benar Jeff Ooi ada berjumpa kumpulan paderi itu, ia adalah haknya sebagai seorang penganut agama Kristian.
"YB Jeff Ooi cuba dikaitkan kerana di tempat itu. Kalau dia Kristian, hadir jumpa paderi, berdoa apa salahnya? Tapi 2 blog, 2 blog sahaja yang main isu kononnya nak tukar agama rasmi di perlembagaan persekutuan. Ini permainan yang cukup jahat, bagaimana kerajaan dan KDN izinkan perkara ini berlaku," kata beliau.
Justeru, Mohamad Sabu berkata, isu kehadiran Jef Ooi itu bukannya 'lesen' untuk Utusan atau siapa sahaja mengaitkan parti DAP dalam kontroversi ini.
Laporan Utusan semalam juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri.
Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan