Selasa, 24 Mei 2011

Bank Negara Akan Keluarkan Wang Kertas Dan Syiling Baru

TVS NEWS


PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012.

Siri wang kertas itu juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.

Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baharu itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.

Dalam membuat persediaan untuk mengeluarkan siri baharu mata wang ini, BNM akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baharu ini berjalan lancar.

Katanya vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baharu itu dengan mudah.

Tiada ulasan: