Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Barisan kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dan cabang-cabang di negeri itu bersiap siaga menawan 20 kawasan Dun yang telah dikenal pasti. Ketua Penerangannya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, ini berdasarkan strategi dan perkiraan kekuatan kelemahan bagi menawan 20 kawasan Dun yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pasca PRU-12 pada 2008 yang lalu. Katanya, daripada 20 kawasan Dun itu, pihak jawatankuasa pilihan raya dan penerangan AMK Selangor telah mengenal pasti 17 kawasan Dun BN yang mempunyai peluang cerah untuk menangi oleh Pakatan Rakyat. Menurutnya, jentera Angkatan Muda Keadilan cabang-cabang di Selangor pasca pemilihan 2010 telah memberi nafas baru AMK dengan mengangkat gandingan tokoh-tokoh muka baru dan lama. “Selain daripada itu, latihan dan persediaan jentera AMK yang giat dijalankan memberikan keyakinan cerah kepada parti dan rakyat di dalam 20 Dun ini berhadapan dengan pilihanraya akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, selain daripada struktur dalam Angkatan Muda Keadilan yang semakin kukuh, isu-isu penyelewengan dan politik fitnah Umno membuatkan pengundi terutama pengundi melayu di luar bandar muak kepada BN dan simpati kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Lebih malang lagi, katanya salah urustadbir ekonomi dengan kenaikan harga barang dan minyak menekan kos sara hidup rakyat terbanyak yang secara senyap bangun menuntut perubahan. Katanya, kumpulan sasaran yang paling terkesan kerana ketamakan Umno BN itu adalah sekitar 700,000 pengundi muda bawah 39 tahun. Beliau menambah, pihaknya lebih yakin dapat menawan 20 kawasan Dun itu kerana prestasi buruk Datuk Seri Noh Omar dan kelembapan Pemuda Umno Selangor yang sehingga hari ini bertelagah dan berpecah sesama sendiri. “Angkatan Muda Keadilan Selangor dengan ini, beriltizam dan bertekad merampas 20 Dun Barisan Nasional dan pertahankan 36 Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam berhadapan PRU-13 yang semakin hampir dengan strategi menawan hati rakyat,” katanya. |
Ahad, 15 Mei 2011
AMK Selangor bersiap tawan 20 Dun BN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan