Rabu, 16 Februari 2011

Tee Keat: Politik MCA bukan di 'radar' saya

Regina Lee

Segar daripada ikrarnya untuk mempertahankan kerusi parlimen Pandan sekalipun jika BN menggugurkannya sebagai calon, bekas Presiden MCA Ong Tee Keat cuba menjauhkan dirinya daripada perkara remeh-temeh politik parti.

NONETanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda semangat untuk mengharapkan pemilihan MCA diadakan, Ong berkata tumpuannya kini adalah pada konstituensi yang diwakilinya itu.

Ditanya wartawan mengenai cadangan jawatankuasa MCA pusat untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menangguhkan pemilihan, Ong berkata perkara itu tidak pada 'radar' nya.

Kebanyakan pihak mendakwa presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berjaya memerangkap seteru politiknya supaya bersetuju mengadakan EGM, ketika khabar angin bertiup kencang bahawa Ong sedang merancang untuk mencabarnya.

"Pada masa ini, apa yang penting dan keperluan mendesak adalah agenda penduduk di Pandan, masa depan rakyat dan dan isu-isu makro," kata Ong kepada wartawan selepas majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pandan, Selangor, malam semalam.

NONE"Kita perlu melihat masalah besar yang memberi kesan kepada negara daripada memberi tumpuan kepada politik partisan.”

Didesak lebih lanjut, Ong berkata beliau lebih gemar memberi fokus kepada masalah rakyat yang telah memberinya mandat.

"Saya tidak punya peranan dalam EGM. Jadi saya mahu menjauhi semua ini. Saya sibuk dan tidak punya masa untuk berpolitik. Jika ada politiking sekalipun, sila abaikan saya,” katanya.

Tiada ulasan: