Selasa, 22 Februari 2011

Pilihan raya kampus: Pro Aspirasi UPM pertahan kuasa


KUALA LUMPUR — Kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan penguasaan pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2010/11 apabila memperoleh kemenangan besar dengan menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum.

Keputusan pengundian yang dijalankan menggunakan sistem elektronik diumumkan pada pukul 7.45 malam tadi.

Turut mengadakan pilihan raya kampus hari ini adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) dan Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan.

Selain itu, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan.

Di UM, barisan Pro Mahasiswa menang besar.

Tiada ulasan: