TEMERLOH — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin akan memaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
Beliau berkata surat pemakluman itu akan dihantar kepada SPR sejurus pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar).
Katanya pemakluman secara tidak rasmi telah diberitahu beliau kepada pihak SPR semalam. Sementara itu, Pengarah SPR Pahang Datuk Ismail Mohd Yusoff berkata Wan Mohamed Razali akan menyerahkan notis mengisytiharkan kekosongan kerusi itu kepada SPR esok.
Beliau berkata selepas itu SPR mempunyai masa sehingga dua minggu untuk membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil.
Zaharuddin, 64, dilaporkan terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di kediamannya dan dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu pada 7.15 petang semalam.
Allahyarham menjadi wakil rakyat kawasan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.
Pada pilihan raya umum itu, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.
10 ulasan:
Seorang lagi meningal dunia. Satu lagi PRK yang akan diadakan nanti.
Banyak sangatlah Pilihanraya kecil di Malaysia.
satu lagi PRK akan diadakan. sudah banyak PRK yang terpaksa diadakan sebelum ini.
Memeng tidak dapat dielakkan lagi kerana benda ni kita tidak boleh kawal.
Persoalannya disini adakah BN akan memenangi kerusi ini??? Sama2 kita nantikan.
PRK Galas, Tenang dan yang bakal menyusul tidak lama lagi iaitu Merlimau, cukup untuk dijadikan pengalaman untuk menghadapi PRK Kerdau terutamanya kepada parti yang kalah dalam PRK sebelum ini.
Nampaknya ada lagi PRK yang bakal dijalankan.
Ini peluang rakyat mengundi pemimpin yang mereka rasakan layak mengisi kekosongan itu.
PRK Kerdau akan berlansung tidak lama lagi. Silih berganti PRK kecil berlaku atas sebab-sebab tidak dijangka.
PKR akan diadakan lagi, nampaknya makin byk PRk akan diadakan.
Catat Ulasan