Ahad, 26 September 2010

'Pembebasan Mas selamat tak redakan persoalan'

MALAYSIA KINI


Walaupun mengalu-alukan pembebasan anggota Jemaah Islamiyah Singapura Mas Selamat Kastari semalam, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berpendapat, tindakan itu terus menumbulkan pelbagai persoalan.

Ini kerana, menurut presidennya Syed Ibrahim Syed Noh, kuasa besar yang diberikan pada ISA menjadikannya senang untuk diselewengkan.

"Dalam kes Mas Selamat Kastari, soalan yang perlu ditanya, kenapa beliau ditahan bawah ISA dan tidak didakwa di mahkamah sekiranya siasatan dibuat.

"Timbul juga persoalan sekitar pembebasannya. Kenapa sekarang? Siapa yang mencadangkannya? Apa sebab spesifik?

"Adakah ia berkaitan dengan keadaan politik semasa?" soal Syed Ibrahim bertubi-tubi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Syed Ibrahim (kiri) juga berkata, selagi ISA terus wujud, tiada satu pun daripada soalan-soalan itu yang akan terjawab.

"Penahahan terpilih, pembebasan (tahanan) juga pemanjangan penahanan akan terus berada bawah belas ehsan menteri dalam negeri," katanya sambil menegaskan sekali lagi ISA keseluruhannya bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.

Semalam, Mas Selamat, seorang warga Singapura telah dibebaskan dari tahanan dan akan diusir dari negara ini.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata perintah tahanan ke atas Mas Selamat bawah ISA telah dibatalkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bermula semalam.

Tiada ulasan: