Rabu, 29 September 2010

PAS mampu tawan kerusi Umno BN

Mohd Ali Hashim

KEPALA BATAS: Masyarakat Melayu di Pulau Pinang disarankan supaya memberi kepercayaan kepada PAS bagi menguasai sebahagian besar kerusi yang masih dimiliki Umno BN.

Timbalan Pesuruhjaya PAS neger, Rosidi Hussain berkata, PAS mempunyai kapasiti yang total bagi mengambilalih kedudukan Umno sebagai pembela masyarakat Melayu dan Islam.

"Walaupun 11 kerusi yang dimenangi oleh Umno dalam PRU ke-12 yang lalu, ini tidak bererti kita tidak boleh merampas kembali kerusi yang dilihat berada pada tahap kemenangan 50-50,” katanya.

Katanya lagi, keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS kebelakangan ini membuktikan sokongan sedia ada dari masyarakat Melayu dan pertambahan kepada sokongan dari bukan Islam mampu untuk meraih kemenangan.

"Percambahan masalah dalaman Umno dan BN seperti apa yang berlaku kepada Gerakan Pulau Pinang dengan perebutan kerusi dalam parti tersebut membuktikan sengketa dalaman ini akan turut merebak kepada Umno, MCA dan MIC," ujarnya lagi.

Katanya lagi, kekuatan yang ada pada PAS, PKR dan DAP di Pulau Pinang telah menggerunkan Umno dan BN sehingga mereka sedia mencipta isu bagi memberi imej yang buruk kepada kepimpinan kerajaan negeri.

"Ini termasuklah isu doa dalam khutbah Jumaat yang didakwa diganti dengan nama Lim Guan Eng, gambar 'super impose' ketua menteri menyembelih lembu korban, wang ihsan untuk warga emas didakwa dari sumber judi, wang Kelab Lumba Kuda sebagai sumber tidak halal bagi miskin tegar.

"Kita juga tidak hairan selepas ini kemungkinan ada lagi cerita baru yang mungkin akan dicipta bagi mencalarkan imej PR secara berterusan sehingga tibanya pilihan raya umum yang akan datang," ujarnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kepala Batas turut yakin peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu akan kekal dengan pertambahan kerusi di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang.

15 ulasan:

azman berkata...

PAS jangan terlalu yakin. pelbagai masalah yang melanda PR seperti masalah air di kelantan dan kekecohan ketika pemilihan PKR pasti menjejaskan sokongan terhadap PR. jangan hanya berkata tentang masalah parti lawan tetapi lupa tentang parti sendiri juga bermasalah.

Tanpa Nama berkata...

Kemenangan kerusi sahaja tidak bermakna, yang penting kebajikan rakyat.

langsat berkata...

ini adalah cabaran buat BN untuk terus berusaha dan memberi kepercayaan rakyat terhadap parti agar terus mendapat sokongan.

langsat berkata...

Jangan terlalu yakin kerana BN juga berpotensi untuk menang pada PRU akan datang.

langsat berkata...

Apa pun kita tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

bukan mudah nak tawan kerusi BN, Bn tetap kukuh.

samm berkata...

BN juga masih mendapat sokongan rakyat. hasilnya nanti bergantung kepada pilihan rakyat.

Unknown berkata...

tidak perlu mahu meminta kasihan dengan rakyat(PAS). memaksa rakyat untuk menyokong PAS. Mungkin rakyat boleh memikirkan yang terbaik untukmereka. kerana BN tetap yang terbaik bagi rakyat.

Unknown berkata...

BN janganlah putus asa, teruskan usaha meraih sokongan dari rakyat. Percaya yang PAS tidak akan dapat menawannya.

Paquin berkata...

No komen.. Tunggu & lihat ja la nanti.

Paquin berkata...

Semoga umnobn akan terus berjuang utk mengekalkan serta mengembalikan kepercayaan rakyat pada mereka. All d best :)

Anak Sabah berkata...

Sebenarnya PAS tidak berbeza dengan UMNO. Tiada perbezaan untuk negara jika PAS menang, saya berani cakap pentadbiran mereka itu sama dengan pentadbiran UMNO.

Tanpa Nama berkata...

isu doa dalam khutbah Jumaat yang didakwa diganti dengan nama Lim Guan Eng memang benar berlaku, gambar 'super impose' ketua menteri menyembelih lembu korban sebenarnya dilakukan oleh cybertrooper PR, isu terbaru berkenaan wang ihsan untuk warga emas didakwa dari sumber judi: "Di Penaga,petang tadi jam 4,Warga Mas menyerahkan kembali wang yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak mahu bersubahat kerana ada unsur judi didalam pemberian bantuan program membasmi kemiskinan dan termasuklah pemberian wang ehsan,ini berikut pembohongan Guan Eng yang pada pulanya dinafikan sekeras kerasnya.."

Tanpa Nama berkata...

warga Mas di Pulau Pinang amat kecewa, rasa tertipu dan marah apabila menyedari Guan Eng sendiri mengaku menerima sumbangan unsur judi daripada Kelab Lumba Kuda. Dikalangan mereka turut mahu menyerahkan kembali wang sumbangan yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak dapat menerima pembohongan yang dilakukan oleh Guan Eng. lihatlah bagaimana PR melancarkan penipuan semata2 mahu meraih sokongan.. setelah apa yang berlaku, jangan cuba berangan2 untuk memperoleh kepercayaan dikalangan rakyat P.P..

Unknown berkata...

Apapun ia terpulang kepada rakyat di negeri itu. Oleh itu,baik PAS jangan terlampau yakin.