Rabu, 22 September 2010

Masalah Dalam Gerakan Semakin Mengakar (BERITA PENUH)

*
TV SELANGOR

KUALA LUMPUR : Tindakan sekumpulan ahli akar umbi Gerakan yang menamakan diri mereka sebagai ‘suara dari akar umbi’ membuat mesyuarat Agong tergempar pada 10 Okt lepas dengan tujuan menjatuhkan kedudukan Pengerusi Negeri Datuk ketua Teng Hock Nan bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Bagi kebanyakan pemerhati politik di Pulau Pinang, mesyuarat seumpama itu adalah ekoran dari masalah-masalah tertunggak dan kekecewaan ahli yang sudah berlaku sejak sebelum pilihanraya umum 2008 lagi.

Permasalahan yang dikatakan bermula setelah Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon beralih dari kerusi Dun ke kerusi parlimen itu meruncing apabila tiada jalan penyelesaian diperolehi untuk menentukan pengganti beliau di antara tiga calon berpotensi - Datuk Dr Teng Hock Nam, Datuk Seri Chia Kwang Chye dan Teng Chang Yeow .

Sumber dalam parti berkata, permasalahan tertunggak yang melibatkan dua ‘Teng ‘dan Chia yang juga turut digelar *‘Three Musketeers’* itu telah kembali muncul. Beliau berkata demikian merujuk pada cadangan mesyuarat Agong tersebut.

"Pada waktu itu, sepatutnya pemimpin di peringkat nasional mengambil pendekatan campur tangan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cuba memujuk Dr Teng (Hock Nan) agar merestui Chia menjadi pengerusi negeri dan tidak merebutnya,” kata beliau.

Dalam pada itu, menurut beliau lagi seorang lagi calon Chang Yeow telah akur dengan kepimpinan Chia Hock Nan memenangi pemilihan Gerakan itu dengan majoriti hanya 10 undi tetapi selepas itu beliau dituduh pula memanipulasi keadaan dengan menempatkan kroninya sebagai penyelaras pemilihan di bahagian dan kerusi parlimen di mana Gerakan telah kalah di tangan pembangkang pada tahun 2008.

Tindakan Dr Teng (Hock Nan) memutuskan untuk menempatkan orang-orang-Nya (sebagai penyelaras) tanpa perbincangan terlebih dahulu menimbulkan kemarahan Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan.

Menurut seorang pemimpin akar umbi di negeri tersebut yang tidak mahu namanya disebut, hal itu akhirnya mencetuskan perang dingan antara keduanya dan seterusnya Huan mengambil langkah untuk keluar parti sebulan kemudian.

Terdapat ura-ura bahawa Huan, yang kini Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) telah bekerja di belakang tabir dengan beberapa pemimpin Gerakan untuk mengusir Hock Nan.

Seorang lagi pemimpin akar umbi Pulau Pinang yang juga tidak mahu dikenali berkata jangan memandang rendah keupayaan Huan .

Beliau berkata demikian merujuk kepada senarai 67 orang untuk mengelola (requisitionists)
mesyuarat Agong tersebut yang kebanyakan mereka adalah orang Huan menyifatkan ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan beliau berkata Huan adalah seorang yang digemari dan mempunyai skor tinggi dikalangan ahli Gerakan.

Namun bagi Huan, beliau menafikan penglibatan beliau dan membantah keras kenyataan tersebut.

Beberapa ahli lain parti juga mengesahkan bahawa hubungan Chang Yeow Hock Nan tidak begitu mesra selepas pilihanraya umum pada tahun 2008 ekoran dari perbezaan pendapat kedudukan dan hala tuju dalam parti.

Menurut mereka Chang Yeow berpendapat beliau sebagai seorang pemimpin harus diberikan kerusi selamat untuk dalam pilihanraya umum akan datang tetapi Hock Nan berpendapat siapa pun yang ingin menjadi pemimpin, harus bertanding di kerusi panas.

“Ini merupakan rahsia umum, " kata seorang pemimpin parti.

Walau bagaimanapun Chia dan Chang Yeow menafikan penglibatan mereka untuk menjatuhkan Hock Nan melalui mesyuarat agung tersebut.

Tiada ulasan: